HISAKAWA
ERI
20 JUN 2015
How high is the sky ? Can I achieve this with my own hand ?
Pertanyaan itu
sentiasa bermain-main di fikiran aku.
Tangan diangkat
ke atas seolah-olah menyentuh langit. Matahari bersinar memancarkan seluruh cahayanya
ke alam semesta. Aku tersenyum puas. Semua stress yang aku alami hilang begitu
sahaja. Aku suka bersendirian di pantai dan melihat langit apabila aku ada
masalah. Itu sahaja yang boleh buat aku tenang dan gembira.
“Awak tak
takut kalau ada orang buat apa-apa dekat awak dalam posisi awak baring di
tengah-tengah pantai ni ?” Ada suara menegur aku.
“Tak. Sebab
saya tak ada apa-apa keistimewaan.” Balas aku tanpa melihat mukanya.
“Tapi awak
tetap perempuan kan ? Saya boleh buat apa-apa kalau saya nak sekarang juga.”
Aku bangun dari posisi baring lalu melabuhkan
punggung di atas pasir menghadap suara tadi. Kata-katanya tadi membuatkan aku
risau. Aku memandang ke arahnya. Dari pandangan aku, umurnya dalam sebaya
dengan aku. Dia memakai baju putih berbelang hitam. Seluarnya pendek di bawah
lutut. Wajahnya pula kacak.
“Kenapa awak
pandang saya macam tu ?” Dia bersuara.
“Because
you’re a stranger. Then, you talk with me like we know each other.”
“Then, I’m
Takahashi Kei. You ?” Dia tersenyum kepada aku.
“Hisakawa Eri.”
Balas aku.
“Since this is
our first meet, let me treat you something sweet.”
Aku
mengangguk tanpa sebarang bantahan. Entah kenapa aku hanya setuju dengan cadangannya
walaupun kami tidak mengenali satu sama lain. Mungkin dengan mendengar tutur
katanya yang sopan membuatkan aku percaya bahawa dia seorang lelaki yang baik. Aku
berjalan mengikutinya.
******
Ais-krim
perisa strawberi itu beralih tangan. Aku menikmatinya dengan penuh gembira.
Kami berjalan bersama-sama. Sepatah perkataan pun tidak kedengaran dari tadi.
Sebaliknya, kami melayan perasaan masing-masing. Mata aku melihat ke bawah.
Kaki aku berjalan seiring dengannya. Senyuman terukir di bibirku. Sudah lama
aku tidak berasa segembira ini.
“Kenapa awak
senyum sorang-sorang ?”Pertanyaan itu memecahkan kesunyian antara kami berdua.
Aku memandangnya dengan mata dibulatkan.
“For a long
time, I have not smiled like this.”
“Are you really that happy ?” Tambah Takahashi
lagi.
“Yeah.
Takahashi, do you kind with everyone you meet ?”
“Don’t call
me Takahashi. Just call me by the real name, Kei.”
Aku
membisukan diri. Tiada apa lagi untuk ditanya. Ais-krim yang dibelinya, belum
habis lagi dimakan. Untuk seketika, aku memandang ke arah Kei. Hanya bahagian
tepinya kelihatan. Angin bertiup menyapa kami. Rambut Kei kelihatan sedikit
kusut. Dia membetulkannya. Rambutnya diselit pada bahagian telinganya. Dia
melihat aku di tepinya.
Wajahnya
menghampiri aku. Semakin lama semakin hampir. Jantung berdegup pantas. Tangan
cuba menolaknya tapi entah kenapa tangan ini seakan-akan tak boleh bergerak.
“There is
something on your face.” Ibu jarinya menyentuh pipi aku lembut.
Kei kembali
kepada posisi asal. Aku berjalan laju ke depan seperti tiada apa-apa yang
berlaku antara kami tadi. Aku malu dengan tindakannya tadi. Ingatkan dia ingin
buat sesuatu terhadap diriku ini. Kei juga mempercepatkan langkahnya untuk
mengejar aku.
“Eri !
Tunggu lah saya. Penat tahu tak.” Dia mula bersuara apabila dapat mengejar aku.
“You call
me by my real name ?”
“Kenapa ?
Tak boleh ? Awak pun panggil saya Kei.”
“Itu sebab
awak suruh saya panggil Kei.” Aku melihat ke arahnya.
Nampaknya
Kei sibuk membalas mesej pada telefon bimbitnya. Pada ketika ini, dia nampak
seperti orang lain. Mimik muka Kei serious. Mungkin dia ada masalah. Kakinya
berhenti melangkah. Sebaik sahaja melihat kelakuannya, aku turut berhenti.
“Saya perlu
pergi sekarang. Bye, Eri !”
Kei berlalu
begitu sahaja meninggalkan aku sendirian. Aku bingung dengan tindakannya. Ingin
sekali aku berhubung dengan dia lagi. Tapi bagaimana caranya ? Sedangkan nombor
handphone Kei, tidak sempat aku menanyakan. Mungkin ini hanya kebetulan.
Mungkin selepas ini aku tidak akan bertemu dengannya lagi.
* * * * * *
23 JUN 2015
Aku berjalan
ke locker kasut untuk menukar kepada kasut sekolah. Kasut aku dimasukkan ke
dalam locker tersebut. Aku meneruskan perjalanan untuk ke kelas. Bahu aku
bersentuhan kasar dengan seorang lelaki. Buku yang dibawaku jatuh bertaburan.
Tangan lantas mengambil buku-buku itu. Lelaki tadi hanya berdiri. Aku kembali
berdiri.
“Saya minta
maaf. Saya patut lihat ketika saya berjalan.” Kepala aku ditundukkan. Takut
untuk melihat wajah lelaki itu.
Kepala
diangkat perlahan apabila lelaki itu tidak membalas kata-kata aku. Mata aku
dibulatkan sebaik sahaja melihatnya.
“Kei ?” Pertanyaan itu dikeluarkan
sebaik sahaja dapat meneka siapa lelaki yang berada di depan aku.
Lelaki itu membisu untuk seketika.
Tangannya menarik tangan aku kasar. Kami berdua berjalan laju ke suatu tempat.
Semua pelajar yang berada di situ seolah-olah memberi laluan kepada kami.
* * * * * *
Kei melepaskan tangan aku sebaik
sahaja berada di belakang bangunan sekolah. Nafas masih lagi tercungap-cungap
setelah kepenatan berlari. Aku melihat Kei yang berdiri di hadapan aku. Kei
memegang dahinya membuatkan rambutnya yang sedikit panjang di bahagian depan
terangkat. Dia menyandar badannya pada dinding putih lantas duduk di atas
lantai itu. Perbuatannya turut diikuti oleh aku.
Sebaik sahaja nafas kembali seperti
biasa, Kei melihat aku yang berada di sebelahnya. Mata kami bertemu. Aku
melihat ke dalam mata jernih itu. Seribu persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Mata Kei lantas
melihat ke arah lain.
“Saya minta maaf.” Kei memulakan
perbualan. Aku tidak segera berkata sebaliknya aku memikirkan apa yang
dimaafkannya.
“Apa yang awak maafkan ?” Kata aku.
“I’m different than you image. I’m a
bad guy. Sorry…” Suara Kei kelihatan lemah.
“Why ?”
“It’s nothing. I’m too emotional for
now. Sorry.” Kei ketawa kecil mengenangkan kata-katanya tadi. Dia melihat aku.
Senyuman yang dilemparkan membuatkan aku sedikit tenang.
“One more thing, from now, I will
always make you smile like this time.” Tambahnya lagi.
Kei bangun untuk berdiri. Melihat
perbuatannya, aku turut berdiri. Matanya melihat ke arah aku. Tangannya
diletakkan di atas kepala aku. Dia membelai aku lembut.
* *
* * * *
Angin malam menyapa aku. Terasa
selesa sekali berada di beranda ini. Aku melihat bintang-bintang di atas langit
yang mencantikkan lagi alam ini. Tangan memegang satu gelas coklat panas.
Sesekali, mulut yang tertutup rapat dibukakan untuk menghirup coklat panas itu.
Tangan kanan menongkat dagu.
What he mean by bad guy ? I
wonder.
Fikiran aku mula melayang jauh
memikirkan hal Kei. Untuk seketika, mata aku tidak berkelip melihat susuk tubuh
seorang lelaki yang tinggal di tepi rumah aku ini. Aku segera duduk menyembunyikan
diri. Pagar di beranda ini dapat melindungi aku daripada dilihat oleh sesiapa.
“Hisakawa Eri.” Nadanya agak
lembut menyebutkan nama itu.
Aku segera bangun dari
menyembunyikan diri setelah nama aku disebut. Aku melihat ke tepi dengan
harapan, lelaki itu masih ada di situ. Kelibat lelaki itu masih kelihatan cuma
ada sesuatu yang menghalang aku daripada melihat wajahnya.
Rambutnya sedikit keperangan.
Berbaju putih dan berseluar pendek. Harapanku hanya satu iaitu lelaki tersebut
melihat ke sini, ke arah aku. Aku mengalah sebaik sahaja lelaki itu masuk ke
dalam rumahnya.
* *
* * *
27 JUN 2015
Kaki melangkah masuk ke dalam
perpustakaan sekolah. Tempat yang di berada di tepi tingkap diambil. Aku segera
duduk di situ. Aku membuka helaian demi helaian muka surat pada buku aku. Aku
mengeluh kecil. Buku itu ditutup. Pandangan aku mula melekat pada persekitaran
di luar tingkap.
Kelihatan sekumpulan pelajar lelaki
bermain bola keranjang. Begitu hebat sekali apabila salah seorangnya memasukkan
bola ke dalam jaring. Mereka bersorak kepadanya kerana dapat menjaringkan bola.
Aku tersenyum melihat gelagat mereka.
Aku bangun untuk berdiri. Buku-buka
dikemaskan serta dimasukkan ke dalam beg berwarna oren cerah itu. Aku
menggalasnya. Pintu keluar dari perpustakaan menjadi sasaran.
Aku berjalan pantas ke gelanggang
bola keranjang. Setibanya di sana, semua pemain lelaki tadi telah pulang. Hanya
seorang sahaja yang masih lagi bermain dengan bola.
“Eri !” Lelaki itu semakin lama
mendekati aku.
“Hai, Kei.” Balas aku.
“Buat apa dekat sini ?” Tanya Kei
yang telah pun berada di hadapan aku.
Aku tidak menjawab pertanyaannya.
Entah apa yang menarik perhatian aku untuk datang ke sini. Wajahnya aku lihat.
Kelihatan peluh yang masih bersisa ketika bermain tadi mengalir perlahan.
Tangannya segera mengelap peluh dengan kain tuala.
“Jom, kita balik sama-sama.” Kata
Kei setelah kami membisu seketika. Kepala aku dianggukkan serta terselit
senyuman di bibir aku.
* *
* * * *
Kei telah pun duduk di atas tempat
duduk yang terdapat di basikal. Aku masih lagi berdiri. Tidak tahu apa yang
perlu dibuat. Kei tersenyum melihat kelakuan aku.
“Tak nak naik ke ?” Kata Kei.
Kepala aku menggeleng. Entah kenapa
aku tidak mahu berbasikal sedangkan bukan aku yang mengayuhnya. Aku melihat Kei.
Dia membisu daripada jawapan. Mungkin tengah memikirkan tindakan yang perlu
dibuat.
“Kalau macam tu, saya
tuntun je lah basikal ini.” Balas Kei ceria.
“Minta maaf sebab menyusahkan awak.”
Aku berasa bersalah atas tindakan aku.
“It’s nothing. I just want to make you
happy and smile brightly.” Kei melihat aku serta terselit senyumannya.
Kami mula melangkah keluar dari pintu
pagar sekolah. Terasa kekok antara kami berdua kerana mulut kami hanya membisu
sepanjang pulang ke rumah. Sesekali, aku memandang ke tepi untuk melihat Kei
yang asyik menuntun basikalnya itu. Dia langsung tidak menghiraukan keadaan
sekelilingnya. Pandangannya hanya melihat ke arah hadapan.
“Eri, saya ada satu permintaan.” Kei
memulakan perbualan.
“Apa ?”
“Please, don’t ever fall in love with
me.” Nadanya agak tegas.
Aku sedikit terkejut mendengar
permintaannya. Dengan serta merta, air mata ingin terkeluar tapi ditahan. Aku
tahu mesti ada sebab Kei berkata begitu. Lagipun, tak mungkin aku akan jatuh
cinta kepada Kei kerana dia baik dengan aku. Aku menenangkan hati aku dengan
memikirkan perkara yang positif.
“Okay.” Kata aku tenang.
“Because of that, I say I’m a bad guy.
So, don’t trust me.” Kei melihat aku. Dia tersenyum. Matanya sedikit merah.
Mungkin habuk masuk ke dalam mata.
“Bye.” Kata aku. Kami berpisah di situ
sebaik sahaja aku mengambil jalan lain untuk pulang ke rumah.
* *
* * * *
1 JULY 2015
Aku berjalan di gigi air di tepi pantai.
Suasana pagi begini menyegarkan aku. Matahari sedikit demi sedikit muncul di
langit menyapa alam ini. Sesekali kaki bermain-main dengan air. Rambut yang
diikat, dilepaskan. Aku berdiri menghala ke arah laut. Kedua-dua belah tangan
diangkat sehingga paras bahu seperti ingin terbang. Angin yang bertiup menyapa
diriku. Rambut ku yang panjang paras bahu ditiup.
“Ohayo ! (Selamat pagi)” Aku berkata
dengan kuat kepada laut, langit serta matahari.
Aku kembali berjalan seperti tadi. Tetapi
kali ini agak berbeza, terselit senyuman di bibirku ketika aku berjalan. Aku
seakan-akan menemukan kembali kegembiraan aku setelah sekian lama ditinggalkan.
“Eri ?” Aku melihat ke belakang apabila
seseorang memanggil nama aku.
Aku menghampirinya. Tidak aku sangka
yang aku berjumpa lagi Kei di sini. Semua ini bagaikan kebetulan. Masih lagi
aku ingat, pertama kali aku berjumpanya pada waktu ini dan hari yang sama.
Kei memeluk aku setelah aku sampai
padanya. Mata aku dibulatkan tanda terkejut dengan perbuatannya. Aku tidak
menolaknya sebaliknya hanya membiarkan dia berbuat demikian.
“Saya ingatkan saya tak akan jumpa awak
lagi.” Kata Kei.
“Apa maksud awak ?” Aku tidak lagi
melepaskan pelukannya.
“Tak ada apa-apa lah.” Kei segera
melepaskan pelukan antara aku dengan dia.
“Kenapa dengan saya ni ? Saya minta
maaf sebab peluk awak tak tentu pasal.” Tambah Kei lagi. Tapak tangannya
menutup mukanya. Malu agaknya. Aku ketawa kecil dengan kelakuannya. Kei juga
turut tersenyum.
“Jom, kita pergi.” Kei menarik tangan aku
lembut.
“Pergi mana ?” Tanya aku. Kei tidak
membalas. Tangannya memegang tangan aku erat. Kami berjalan ke satu tempat yang
aku tidak ketahui.
* *
* * * *
Mulut aku ternganga kecil setelah
sampai ke tempat itu. Kei membawa aku ke taman hiburan. Aku memandang ke arah
Kei. Dia juga turut melihat aku dengan senyuman. Telah lama aku tidak
berkunjung ke tempat ini dengan rakan aku. Rasa terlalu rindu terhadap tempat
ini. Ingin sekali aku naik semua permainan di sini dalam satu masa.
“Awak nak main apa dulu ?” Kei
menanya aku.
“Saya tak tahu. Mungkin yang itu.”
Jari aku menuding kepada salah sebuah permainan yang terdapat di sini.
Kei mengganguk. Aku berlari ke arah
permainan itu kerana tidak sabar untuk menaikinya. Aku meninggalkan Kei yang
berada di belakang.
“Eri ?” Ada suara yang menegur aku
dari arah tepi. Aku melihat ke arahnya.
“Rika ?”
Bila-bila masa sahaja air mata boleh
mengalir apabila melihat gadis itu. Sudah lama kami tidak bertegur semenjak
peristiwa salah faham itu. Sejak itu, aku susah untuk kembali tersenyum seperti
sekarang. Aku menghampiri Rika serta memeluknya. Setelah beberapa saat, pelukan
dilepaskan.
“Saya minta maaf Eri atas kelakuan
saya.” Kata Rika yang serba salah.
“Saya sentiasa maafkan awak dari dulu lagi,
Rika.” Balas aku.
“Rupa-rupanya saya salah faham. Eri
yang saya kenal tak akan rampas boyfriend saya.” Tambah Rika. Aku gembira hanya
mendengar kata-kata yang diucapkan oleh Rika. Senyuman gembira terukir pada
bibir aku.
“Bye, Eri. Saya perlu pergi dulu.
Jumpa awak esok !” Rika melambai-lambaikan tangannya kepada aku.
Kei menghampiri aku. Aku tahu dia
telah memerhatikan aku sejak dari aku berjumpa dengan Rika. Aku melihatnya.
Jelas terpancar wajah gembira aku. Kei memegang kembali tangan aku yang
dilepaskan sebentar tadi. Entah kenapa aku berasa amat gembira pada saat ini.
“You smile again like before. I’m
very happy for you.” Kata Kei. Dia tersenyum.
Aku mengangguk dengan kata-katanya.
* *
* * * *
Kei memberikan aku sebotol air
mineral yang dibelinya. Aku menunggunya di bangku berdekatan setelah penat
menaiki permainan di sini. Kei turut duduk di tempat kosong di sebelah aku.
Penutup botol itu aku buka dengan sekuat yang
mampu. Aku berharap boleh membukanya tanpa menyuruh Kei tetapi gagal. Aku
mencubanya sekali lagi. Tangan Kei lantas mencapai botol itu dalam pegangan aku
lalu membuka penutup botol itu.
“Thanks.” Kata aku. Kei memberi
balik botol mineral itu kepada aku.
Keadaan sekeliling aku perhati.
Baru aku sedar bahawa hanya tinggal satu permainan lagi yang belum dinaiki
oleh kami iaitu Ferris Wheel. Aku
melihat ke arah Kei. Dia masih lagi meneguk air mineral itu untuk menghilangkan
hausnya. Setelah selesai, dia melihat aku. Mata kami bertemu.
“Kei, ada satu lagi yang kita tak
naik. Jomlah !” Kata aku.
Aku segera bangun dari bangku
tetapi tangan aku ditarik lembut oleh Kei. Aku melihatnya seakan-akan ingin
tahu kenapa dia tidak mahu lagi berganjak dari situ.
“Stay here a little bit longer.”
Katanya dengan suara yang agak perlahan.
Aku kembali duduk. Seperti ada
sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Tangan Kei menggengam erat tangan aku
seperti tidak mahu melepaskan aku. Tangan kananku menyentuh dahi Kei. Ingin
kepastian jika dia demam atau tidak. Jawapannya tidak. Beberapa minit telah
berlalu tapi kami hanya membisu.
“Jom lah, kita pergi !” Kata Kei
lantas bangun. Aku turut melakukan perbuatan yang sama.
* *
* * * *
Aku terlebih dahulu masuk ke dalam
ferris wheel itu lalu Kei turut sama.
Ferris wheel itu mula bergerak perlahan-lahan menuju ke atas. Aku tersenyum
lalu memandang ke arah Kei yang duduk menghadap ke arah aku. Kei melihat
pemandangan di luar tingkap. Melihat Kei yang begitu asyik, aku juga ingin
melihat apa yang dilihatnya.
Pemandangan langit yang biru pada
petang ini cukup indah. Dengan awan-awan yang bergerak mengikut arah angin.
Matahari turut menyinari kami. Setibanya kami di atas, ferris wheel itu
berhenti seketika. Keadaan kami masih lagi sama, berdiam diri sejak dari tadi.
“Eri, I have something to tell
you.” Kei berkata. Suaranya perlahan seperti tadi.
“What ?” Kata aku dengan nada
ceria.
“Starting from tomorrow, I’m not
here anymore. I have to move to another place. I know you don’t fall in love
with me right ?”
Mata aku mulai berkaca mendengar
kata-kata Kei. Air mata tidak lagi dapat ditahan. Tanpa aku sedari, air mata
mula mengalir jatuh ke pipi. Tetapi senyuman masih lagi melekat pada bibir. Aku
mesti gembira. Mungkin Kei dapat belajar di tempat yang lagi bagus dari sini.
“Tomorrow at 9 pm. Hayasaki train station.”
Tambah Kei lagi.
Ferris wheel mula bergerak turun ke bawah. Jari aku mengesat kasar
air mata yang turun. Aku perlu gembira demi Kei. Beberapa saat kemudian, kami
dibenarkan keluar dari ferris wheel itu. Aku menunggu Kei keluar. Ini sahaja
peluang yang aku ada, kata-kata terakhir aku untuknya sebelum dia meninggalkan
aku.
“Goodbye, Kei. I know you’ll happy
with that new place. But don’t forget about me. Bye !” Kata aku.
Air mata yang ingin keluar, ditahan.
Aku perlu gembira untuk Kei. Walaupun hati aku berat ingin meninggalkan Kei.
Ini mungkin kali terakhir aku melihatnya. Aku melemparkan senyuman kepada Kei
sebelum meninggalkannya untuk pulang ke rumah.
* *
* * *
2 JULY 2015
Mata aku
tertumpu pada jam dinding yang terdapat di dalam bilik aku. Hanya tinggal 15
minit lagi sebelum jarum jam panjang menunjukkan pada nombor 9. Air mata yang
bersisa masih lagi tidak disapu oleh aku. Sesekali, air mata mengalir lagi mengingatkan
senyuman Kei yang tidak lepas dari bibirnya itu.
Aku tak
boleh terus begini. Aku bangun dari katil aku. Aku nekad, aku perlu berjumpa
dengan Kei. Rambut aku dibetulkan di hadapan cermin. Aku segera turun ke bawah
lalu keluar dari rumah. Aku berlari menuju ke Hayasaki train station. Hanya
tinggal dua tiga minit sebelum Kei pergi.
Kepala aku
terasa sakit. Aku bangun dari posisi duduk akibat terlanggar orang. Ingin
sekali, aku pergi tanpa berkata maaf kepada orang itu. Aku melihatnya.
Sekarang, aku tidak boleh pergi mana-mana kerana Kei telah pun berada di
hadapan aku.
“Eri, why ?
Why are you here ?” Kata Kei.
“I’m looking
for you.” Air mata mengalir deras turun ke pipi sebaik sahaja ternampak kelibat
Kei.
Kei menghampiri aku dengan serta merta
dia memeluk aku.
“I’m a bad
guy. You know that right ?” Tambahnya lagi. Tangisan aku semakin kuat apabila
mendengar suara Kei itu.
“Sorry because make you worry all this time.”
“I like you, Eri. I really do.”
“I will not leave you again. I’ll
stay forever by your side.”
“I promise, Hisakawa Eri.”
Kei melepaskan pelukan.
Ciuman Kei hinggap pada dahi aku. Aku amat memerlukan Kei di sisi aku selagi
aku masih hidup. Tanpanya senyuman ikhlas dari hati ini tak akan terukir lagi.
Hanya senyuman palsu yang melekat di bibir ini sebelum berjumpa dengannya.
“I saw all your hardships before I meet
you.”
“Because of that, I want to colour
your life with your smile again.”
Aku
tersenyum memandang dirinya yang berada di hadapan aku. Tiada apa lagi yang
boleh diucapkan oleh aku. Di saat ini, aku terlalu gembira dengan kehadirannya
di sisi aku.
“I like you too, Kei.”
Air mata
berterusan mengalir. Jari Kei lantas mengesat air mata yang jatuh di pipiku.
Fikiran aku teringatkan sesuatu. Sesuatu yang amat penting untuk diri Kei. Aku
memegang erat kedua-dua tangan Kei. Dia mengerutkan dahinya tanda tidak faham
apa yang cuba aku sampaikan.
“Awak
patut pergi.” Kata aku.
“Tak. Saya
tak akan pergi. Lagipun ini pilihan saya sama ada saya perlu pergi atau tidak sebab
saya bukan pindah sekolah lain.”
“Apa ?”
Aku sedikit terkejut dengan kata-katanya. Kei telah pun tergelak melihat
diriku.
Perasaan
aku bercampur, adakalanya berasa malu apabila tahu Kei tak akan pindah sekolah
tapi rasa gembira kerana dapat meluahkan semua perasaan yang telah terpendam
lama ini. Aku juga turut ketawa bersama Kei. Tak sangka aku telah dikenakan
olehnya.
“I love you, Eri.”
Kei
kembali memeluk aku erat. Senyuman paling gembira mula terukir di bibirku ini.
Before I meet you, I couldn’t smile like this. But with you here, I
know that I’m the luckiest girl in the world because only you can make me
smiled like before. Thanks Takahashi Kei.
* * * * * *
THANKS FOR READING
Minta maaf kalau salah BI. Dah lame tak tulis ff. Hehehe
Satu lagi, sy delete ff our destiny tu. Sy dah kehabisan idea nak buat ff tu.
Tapi sy akan buat ff baru. Apapun, saya minta maaf.