CHAPTER 6 [ SECRET ]
4 FEBRUARY 2013
LAUREN
Kedengaran gelak ketawa bergema mengisi segenap ruangan kafeteria ini. Sesekali pandangan aku dialih kepada pelanggan yang datang. Sudah lama aku menunggu tetapi kelibatnya tidak lagi kelihatan. Cawan yang berada di atas meja itu diangkat perlahan. Mulut menyisip air suam-suam itu. Seketika kemudian, cawan itu diletakkan kembali.
Bunyi tapak kaki itu mengalihkan perhatian aku. Semakin lama semakin dekat dengan meja yang aku duduki ini. Dia telah pun berada di hadapan aku. Baju putih lengan panjang itu amat sesuai dikenakan olehnya. Rambutnya dibetulkan supaya kelihatan lebih kemas.
“Lama tunggu ?” Tanyanya. Sengaja aku alihkan pandangan aku ke luar tingkap.
“Jangan lah merajuk. Saya tahu saya lambat. Saya minta maaf. Okay ?” Pujuknya lagi.
Aku membisu. Marah aku kepadanya masih bersisa. Selama 30 minit aku menunggunya tapi baru sekarang dia datang. Pandangan aku masih lagi melekat ke luar tingkap. Banyak gelagat manusia yang dapat dilihat lagi sini. Melihat kemesraan manusia sesama manusia sedikit demi sedikit menyejuk hati aku. Aku mengalihkan pandangan aku kepadanya.
Bibir aku mula mengukir senyuman. Lagu yang dinyanyikan itu amat indah sekali di samping suaranya yang merdu itu. Bunyi alunan petikan gitar itu mampu menenangkan hati sesiapa sahaja. Itulah bakatnya yang aku sedari dari dulu lagi. Dia merenung dalam mata aku seperti aku sorang sahaja pada penglihatannya. Sesekali dia tersenyum.
“Tak merajuk lagi kan ?” Katanya setelah selesai memainkan lagu tadi.
“Tak adalah. Saya bukan merajuk sangat dengan awak pun. Saja nak kenakan awak, Minhyuk.” Kata aku. Terselit ketawa kecil di akhir percakapan aku.
Mukanya yang tadi kelihatan gembira menjadi sedikit terkejut. Dia bangun dari tempat duduk tapi tidak pula ke mana, hanya kekal di situ. Wajahnya menghampiri aku. Walaupun meja menjadi penghalang aku dan Minhyuk tapi tidak menjadi masalah baginya lagipun meja ini tidak lah sebesar mana. Hidungnya bersentuhan dengan hidungku ini. Sedikit sahaja lagi bibir aku bersentuhan dengannya.
“Awak jangan nak buat comel lagi.” Katanya perlahan tapi masih lagi jelas di pendengaran aku. Dirinya kembali duduk seperti mana tadi. Aku terkejut dengan tindakannya tadi. Pandangan aku tidak lepas darinya. Dia ketawa kecil melihat kelakuan aku. Ingin sekali aku melarikan diri daripada Minhyuk tapi ada sesuatu yang tidak kena.
“Kenapa awak buat macam tu ? Malu saya tau. Semua orang tengok tadi. Lagipun awak bukan kekasih saya pun. Hanya seorang kawan yang baik. Tak senonoh betul awak buat perangai tadi.” Luah aku dengan sedikit kemarahan. Minhyuk masih dengan gelak ketawanya yang masih bersisa. Tidak aku tahu apa yang lucu.
“Okay. Saya mengaku saya salah. Minta maaf ya. Jom lah balik tuan puteri Lauren yang cantik.” Kata Minhyuk lalu lekas berdiri. Perbuatan itu turut sama dilakukan oleh aku.
Aku berjalan beriringan dengan Minhyuk untuk pulang ke rumah. Perasaan marah tadi semakin lama semakin berkurang. Beg yang mengandungi gitar itu aku ambil daripada Minhyuk tapi di halang oleh dirinya. Aku mencuba lagi tapi kali ini usaha aku berjaya. Minhyuk hanya membiarkan aku ambil gitar itu daripadanya. Aku tersenyum puas setelah dapat apa yang dikehendaki. Pandangan aku dialih kepada Minhyuk. Dia ketawa kecil. Melihat dirinya itu membuatkan kami sama-sama ketawa.
Langkah aku berhenti. Begitu juga dengan Minhyuk. Pandangan aku melekat kepada orang yang berada di hadapan aku. Bibirnya mengukir senyuman yang manis.
“Hai, Lauren !” Katanya setelah lama aku membisu.
“Hai ! Awak ni dari mana ?” Tanya aku sedikit kasar kepada Emily. Fikiran aku mula mengingatkan Daehyun. Lelaki yang telah pun mencuri hati aku.
“Dari perpustakaan. Ni siapa ? Boyfriend awak ke ? Saya ingatkan awak suka Daehyun. Saya baru je nak cakap dengan dia pasal tu hari ni.” Usik Emily. Sempat lagi dia tersenyum kepada aku.
“Saya tak suka Daehyun.” Tegas aku. Takut rahsia aku akan terbongkar nanti.
“Tak apa lah. Saya balik dulu. Bye Lauren ! Kita jumpa dekat sekolah.” Dia terus berlalu.
Aku dan Minhyuk kembali mengatur langkah kembali yang terhenti tadi. Kami berdua hanya membisu. Pandangan aku dialih ke hadapan. Angin yang membelai diri aku ini cukup menenangkan. Pada saat ini, aku ingin luahkan segalanya. Semua yang terpendam dalam hati ini. Aku masih lagi tidak mengaku tentang perasaan aku kepada Emily. Tapi sampai masanya nanti, semua itu akan terbongkar juga.
“Are you alright ?” Tanya Minhyuk memecahkan kesunyian antara kami berdua.
“Saya tak apa-apa.” Balas aku perlahan.
“Bila awak marah, muka awak boleh berubah macam singa. Tahu tak ?” Aku ketawa kecil dengan kata-kata Minhyuk tadi. Diri aku kembali ceria seperti sebelumnya.
“Akhirnya awak dah ketawa. Kalau ada masalah cakap dengan saya. Okay ?” Tambahnya lagi.
Aku sekadar mengangguk tanda mengiakan kata-katanya. Hanya Minhyuk tempat aku luahkan perasaan aku ini. Kami memandang sesama sendiri. Terselit senyuman di bibir kami berdua.
* * * * * *
THANKS FOR READING

|
|