CHAPTER 7 [ SECRET ]
6 FEBRUARY 2013
DAEHYUN
Kedinginan pada pagi ini membuatkan aku
berpeluk tubuh. Sejuk selepas semalaman hujan turun tanpa henti-henti malam
semalam. Langkah aku diatur dengan hati-hati supaya tidak terkena dengan lopak.
Aku mengeluh kecil. Entah apa yang aku risaukan padahal tiada apa yang berlaku
kepada diri aku ini.
Seorang perempuan yang berada tidak
jauh dari aku yang sedang berjalan menarik perhatian aku. Aku yakin dia juga
sekolah sama dengan aku hanya dengan melihat pakaiannya. Semakin lama kami
semakin dekat. Mata kami bertemu. Terselit senyuman di bibir kami berdua.
“Good morning, Lauren !” Sapa kami. Langkah
kami berhenti.
“Morning, Daehyun.” Balasnya kepada aku.
Pandangan aku tidak lepas dari melihat wajahnya itu. Pipinya kelihatan merona
merah.
“Awak tak apa-apa ke ni ?” Tangan aku
mula menyentuh dahinya lembut.
“Saya okay.” Dia mengalihkan tangan aku
yang berada di dahinya itu.
“Saya
minta maaf. Saya tak bermaksud apa-apa pun.” Kata aku menyelesaikan semua salah
faham yang mungkin tengah bermain dalam fikiran Lauren.
“Tak. Awak tak bersalah pun.” Jawabnya.
Mukanya yang tadi melihat aku, ditundukkan.
Mungkin Lauren sedang
memburuk-burukkan aku dalam hatinya. Tak patut aku menyentuh dahinya tanpa
meminta kebenarannya. Diri aku dirasakan teruk pada saat ini. Aku memeluk
Lauren yang berada di hadapan aku. Cahaya matahari yang semakin meninggi
menyinari kami berdua. Lama aku memeluknya. Seketika kemudian, pelukan itu
dilepaskan. Lauren memandang ke arah aku.
“Maafkan saya sekali
lagi. Saya cuma nak halang awak dari terkena percikan lopak semasa kereta itu
lalu. Teruk betul saya ni. Kalau awak nak benci saya pun, saya dah tak kisah.
Saya dah buat banyak kesalahan dekat awak pada awal pagi ni.” Jelas aku panjang
lebar.
Lauren hanya ketawa kecil. Tak aku tahu apa
yang lucu. Dia menarik tangan aku. Aku hanya mengikuti apa yang hendak
dilakukan. Kami berjalan beriringan. Setelah lama berjalan, kami telah tiba di
sekolah tapi malangnya kami tidak bernasib baik. Pintu pagar telah ditutup.
“Semua ni disebabkan saya. Saya
minta maaf sebab buat awak ponteng sekolah.” Kata aku sedikit lemah. Badan kami
disandarkan pada dinding.
“Tak ada lah. Tapi kalau ponteng sekali
sekala, best juga kan.” Balas Lauren. Terselit senyuman di akhir bicaranya.
“Saya rasa bersalah.” Wajahnya aku tatap.
Dia sememangnya cantik seperti yang dikatakan oleh rakan-rakan aku.
“Awak tak perlu rasa bersalah.
Kalau awak tak peluk saya tadi, habis basah semua baju ni. Saya tak akan pergi
sekolah juga.” Tuturnya dengan lembut sekali. Melihat cara percakapannya, aku
tahu dia baik walaupun kami tak serapat mana di dalam kelas. Berbeza benar
dengan perangai Hara, kawan dia tu.
“Jadi, apa patut kita buat ?” Tanya
aku.
Kepalanya
digeleng-gelengkan tanda tidak tahu. Kami membisu untuk seketika. Fikiran aku
mula melayang. Memikirkan apa yang perlu dibuat. Aku menyeluk poket. Telefon
bimbit aku diambil. Idea telah pun tersemat dalam fikiran ini. Nama Emily
dicari. Aku lantas menekan butang hijau. Lauren hanya melihat perbuatan aku.
Tidak pula dia menanya kepada aku.
“Hello.”
“Emily ! Boleh
tak awak ambil kunci pagar sekolah sekarang ?” Tanya aku sebaik sahaja Emily
mengangkat telefon.
“Kunci pagar ? Awak panjat lah masuk
ke dalam sekolah.”
“Tak boleh. Nanti tak pasal-pasal koyak seluar
saya. Jatuhlah air muka saya.” Saja aku beralasan sebegitu. Seboleh-bolehnya,
aku tak nak Lauren ponteng dan memanjat pagar macam aku biasa buat apabila
datang lewat.
“Oklah. Saya cuba. Tapi saya tak
janji tau.” Telefon bimbit itu terus dimatikan.
Telefon bimbit itu terus diletakkan
kembali ke tempat asalnya. Angin yang menyapa aku amat mendamaikan sekali
ketika matahari yang telah pun menaik tinggi. Pandangan aku terus teralih
kepada Lauren. Dia membisu seperti sebelumnya.
“Bantuan kita akan sampai nanti.” Kata
aku.
“Maksud awak ?”
“Nanti awak tahu lah.” Jawab aku
tenang.
* * * * * *
THANKS FOR READING
COMMENT PLEASE ?

|
|