*Fanfiction* <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3229863562427244893\x26blogName\x3d%2B+Fanfiction+%2B\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://little-ff.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://little-ff.blogspot.com/\x26vt\x3d-8414021246162831683', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
OFFICIAL BLOG LIST OF FANFICTIONS +FOLLOW

CHAPTER 9 [ SECRET ]




6 FEBRUARY 2013

LAUREN

Aku dan Daehyun menunggu bantuan yang akan sampai seperti yang dicakapkan oleh Daehyun. Hanya kami berdua di sini ditemani oleh langit yang kian membiru. Jantung berdegup sepantas yang mungkin. Tidak sangka semua ini menjadi kenyataan. Semuanya bagai mimpi indah semata-mata.

Pandangan aku dilontarkan ke atas langit. Sememangnya cantik. Burung-burung berkicauan menyanyi lagu-lagu yang indah. Sungguh tenang suasana pada hari ini. Ditambah lagi bersama lelaki yang aku sukai. Kalaulah masa boleh berhenti, aku harap dapat bersamanya seperti sekarang. Tapi ini mungkin kali pertama dan terakhir untuk berduaan dengannya.

“Diorang dah nak sampai.” Lamunan tadi terhenti sebaik sahaja Daehyun bersuara. Pandangan aku terus dihalakan kepada bantuan yang dimaksudkan.

“Awak suruh Emily ambil kunci pagar ?” Tanya aku sedikit terkejut.

“Ha’ah. Saya rasa awak tak patut ponteng. Sekurang-kurangnya awak dan saya datang sekolah lepas waktu rehat.” Jawab Daehyun tapi tidak melihat ke arah aku.

“Saya tak kisah pun kalau saya tak pergi.” Kata aku. Tidak senang melihat Daehyun yang diselubungi oleh rasa bersalah. Aku hanya menyusahkan Emily.

Daehyun tidak membalas kata-kata aku. Dia hanya membisu. Dirinya sibuk menunggu Emily dan seorang lelaki yang akan membantu kami. Aku hanya menuruti apa yang dilakukannya. Masanya telah berakhir. Aku dan dia tidak mungkin akan bersama lagi seperti ini.

* * * * * *

Emily sepantas yang mungkin membuka pagar. Tiada pegawai keselamatan yang berjaga pada waktu begini. Semuanya pergi merehatkan diri masing-masing. Aku melihat ke arah Daehyun. Mukanya kelihatan serious. Mungkin mahu cepat masuk ke dalam sekolah.

“Jom !” Kata Daehyun lalu menarik tangan aku masuk ke dalam sekolah. Tapi langkah kami berhenti. Begitu juga dengan Emily dan pelajar lelaki itu. Kami hanya mampu membisu apabila melihat seorang wanita yang  berada di hadapan kami.

“Apa yang korang buat dekat sini ? Nak ponteng ya ? Jawab soalan saya ni !” Marah guru itu. Tiada sesiapa pun yang berani menjawab. Takut melihat wajah guru itu yang sedang marah.

“Himchan ! Awak yang ajar diorang kan ? Awak didenda !” Tambah guru itu lagi.

“Cikgu, saya yang bersalah. Ini tiada kaitan dengan Himchan. Saya patut didenda.” Terkejut dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh mulut Emily.


“Tak. Saya pun bersalah.” Kata Daehyun. Aku menjadi serba salah. Semuanya ialah salah aku. Sepatutnya aku menolak pelukan Daehyun. Aku lantas berfikir apa yang perlu aku lakukan.

“Saya patut kena denda juga.” Akhirnya, aku bersuara.

“Sudah ! Kamu semua didenda ! Pergi bersihkan bilik alat sukan sekarang ! Pergi !” Jerkah guru itu kepada kami semua.

Perit telinga mendengar jerkahan yang begitu kuat sekali. Kami akur tanpa sebarang bantahan. Aku mengatur langkah menuju ke bilik alatan sukan itu. Tiada sepatah perkataan pun yang keluar dari mulut kami. Masing-masing masih lagi tidak menyangka yang kami tertangkap juga akhirnya.

* * * * * *

Aku lantas mengangkat kotak itu untuk diletakkan di luar bilik. Bilik ini memang perlu dibersihkan. Barang-barang yang terdapat di dalam bilik ini perlu dialihkan sebelum kerja membersih dilakukan tetapi tidak kesemua barang dibawa keluar hanya yang ringan sahaja. Kami melakukan kerja dengan tekun sekali. Tiada gelak ketawa mengisi kami. Kami hanya membisu. Sesekali pertanyaan dilontarkan tetapi mengenai kerja ini.

“Owww !!” Jerit aku. Darah mengalir tanpa henti-henti dari jari penunjuk ini. Daehyun dan Emily menghampiri aku.

“Biar saya bawa awak dekat bilik rawatan.” Kata Daehyun setelah melihat jariku ini.

“Tak apa. Sikit je ni.”

“Emily, awak dan Himchan tunggu di sini.” Tegas sekali Daehyun ketika ini. Dia menarik tangan aku lembut. Tidak menyangka dia mengambil berat sekali tentang aku. Gembira. Itulah perasaan aku sekarang ini.

* * * * * *

Aku duduk di penjuru katil ini. Tidak perlu untuk baring lagipun aku hanya cedera ringan. Sesekali aku meniup luka tersebut. Pedih sekali. Daehyun datang bersama ubat untuk merawat luka aku. Tempat di sebelah aku telah pun diduduki oleh Daehyun. Dia lantas mengambil jari aku yang luka ini untuk dirawat.

Pandangan aku hanya melekat padanya  untuk ketika itu. Aku begitu gembira dengan tindakan Daehyun. Tanpa aku sedari, air mata mengalir di pipi aku. Bukan kerana luka ini tapi perasaan aku terhadap Daehyun. Aku tersenyum. Mungkin hanya aku seorang sahaja yang berasa sebegini dan mungkin tidak bagi Daehyun. Semua yang aku alami bagaikan mimpi.

Daehyun memandang tepat ke wajah aku. Mukanya kelihatan serious.

“Are you crying ? I’m sorry because I’m the one who involved you in this thing.” Katanya sayu.

Aku cuba mengeluarkan suara tapi tersekat-sekat kerana tangisan ini. Aku menundukkan kepala aku ke bawah. Cuma untuk bersemangat semula sebelum berkata-kata. Aku lemah apabila di depan orang yang aku suka. Tapi aku kuat menghadapi semua masalah ini. Masalah yang aku hadapi sekarang ini terlalu membahagiakan aku. Aku menarik nafas sedalam yang mungkin.

Pelukan itu mengejutkan aku. Tidak pula aku menolaknya sebaliknya aku hanya membiarkannya berbuat begitu. Mungkin aku selesa dengan dakapannya itu. Air mata tidak berhenti mengalir. Gembira.

“Saya minta maaf. Boleh tak awak maafkan saya, Lauren ?” Katanya perlahan tapi mampu didengari oleh aku.

Aku membisu. Lucu dengan kata-katanya. Aku ketawa kecil. Daehyun yang menyedari perlakuan aku itu melepaskan pelukannya. Dia memandang tepat ke wajahnya. Mungkin beribu-ribu persoalan yang sedang bermain dalam fikirannya.

“Awak tak bersalah pun. Saya menangis sebab tak ada orang yang mengambil berat terhadap saya sebaik awak.” Kata aku sebaik sahaja ketawa tadi berhenti. Terselit senyuman di bibir aku.

“Saya ingat kan awak marah saya. Lagipun saya tak pandai nak pujuk-pujuk perempuan.” Kata Daehyun. Dia mula ketawa.

* * * * * *












THANKS FOR READING
COMMENT PLEASE ?












1 comments