SAME [ ONESHOT ]
CHARACTERS
MYUNGSOO
4 MARCH 2017
Dada langit itu aku tatap. Indah
sekali apabila pada malam hari. Sesekali angin yang membelai diri aku
menyamankan lagi suasana malam ini. Kepala berbantalkan kedua-dua belah tangan.
Posisi baring menyenangkan lagi untuk melihat langit.
Terbayang wajah pujaan hati yang
menghiasi dada langit. Cantik sekali dirinya yang mengukir senyuman manis itu.
Jantung berdegup kencang setiap kali mengingati dan melihat dirinya. Rambutnya
lurus dan bermata coklat. Mungkin baginya aku bukan sesiapa tapi dengan hanya
melihatnya aku tahu yang mungkin aku ada peluang untuk bersamanya. Tanpa aku
sedari, bibir aku mengukir senyuman.
“Hoi ! Kau ni asyik berangan je. Macam orang
tak betul pun ada.” Sergah Krystal yang telah pun duduk di sisi aku.
“Eh, sejak bila kau ada dekat
sini ?” Kata aku. Aku segera bangun dari posisi baring lalu duduk di atas
rumput yang menghijau ini.
“Dari tadi aku panggil nama kau tapi kau tu
yang tak sedar.” Jawab Krystal yang kini bermasam muka.
“Merajuk lah tu. Macam lah ada
orang yang nak pujuk kau.” Kata aku.
Aku melihat ke arahnya. Krystal
telah pun menundukkan kepalanya. Fikiran aku mula bercelaru. Aku berasa gelisah
melihat keadaannya yang begitu. Apa yang telah aku buat terhadapnya. Kata-kata
aku tadi hanya sekadar gurauan. Aku tidak bermaksud untuk menyakitkan hatinya.
Siapa sangka yang aku telah pun buat dia menangis. Otak mula berfikir bagaimana
untuk memujuknya.
“Even when you cry, you always look beautiful
but your smile is the most beautiful.” Kata aku. Entah macam mana kata-kata
indah itu keluar dari mulut aku.
Gelak ketawa itu menarik
perhatian aku. Pandangan aku beralih kepada Krystal. Dia ketawa besar melihat
aku. Dahi aku dikerutkan. Nampaknya aku tertipu dengan helahnya. Krystal
menolak aku kasar pada bahu aku akibat terlalu ketawa. Hampir tersebam muka aku
di atas rumput ini. Nasib baik tangan lekas menahan sebelum jatuh. Aku melihat
Krystal dengan jelingan yang tajam.
“Kau jangan lah marah. Tak ada
maknanya kalau aku nak merajuk. Lagipun, boleh pula kau keluar kata-kata yang
indah tu.” Kata Krystal yang masih bersisa ketawa.
“Aku nak tanya satu soalan boleh
?” Tanya aku dengan nada yang serious. Dari air muka Krystal telah pun timbul
pelbagai persoalan dalam fikirannya. Dia hanya tersenyum tenang dan mengangguk.
“What do you feel when you’re in
love with someone ?” Tanya aku sambil melihat ke arah langit.
“Sejak bila kau jadi jiwang karat
ni ?” Kata Krystal.
Aku menarik nafas dalam. Entah
kenapa soalan itu keluar dari mulut aku. Mungkin kerana aku terlalu suka
terhadapnya. Pandangan aku terus beralih kepada Krystal. Senyuman diukir. Dahi
Krystal mula berkerut. Mungkin pelik dengan kelakuan aku ini.
“Aku cuma nak tanya je.” Kata
aku.
“Tak tahu lah tapi aku ada suka
seseorang ni tapi dia dah suka dekat orang lain.” Jawab Krystal sedikit hampa.
Kepalanya ditunduk.
Aku hanya membisu. Wajah Krystal
yang ditundukkan itu aku tatap. Lelaki itu amat bertuah kerana dapat memiliki Krystal.
Siapa yang tak jatuh cinta dengan Krystal apalagi dia memiliki hati yang baik
dan wajah yang cantik. Harapan aku hanya satu iaitu Krystal akan bahagia dengan
lelaki itu.
“Hey.” Sapa aku perlahan kepada
Krystal yang dari tadi hanya menundukkan kepalanya.
Krystal tidak bersuara. Rambutnya
yang mengurai itu aku selitkan di telinganya supaya dapat melihat wajahnya
dengan lebih jelas. Dia tidak menghalang aku berbuat begitu. Tanpa aku sedari,
aku membawanya dalam pelukan aku. Dengan melihat dirinya sedih, aku turut dapat
merasakannya. Tidak aku sangka bahawa Krystal amat lemah dalam perkara ini. Aku
mengusap kepalanya lembut supaya dapat menenangkan Krystal.
“Kau okay ?” Tanya aku setelah
lama Krystal dalam pelukan aku.
“Aku tak apa-apa. Boleh tak kalau
kau jangan lepaskan pelukan ni lagi ?” Kata Krystal perlahan.
“Okay. Kau menangis ke ?” Tanya
aku. Pelukan tadi belum lagi dilepaskan.
“Aku cuma sedih. Aku dah putus
asa terhadap orang yang aku suka tu.” Jawab Krystal. Kata-kata Krystal itu
mengejutkan aku. Memang sukar untuk Krystal berputus asa macam ini dalam
perkara lain.
“Kau perlu kuat semangat. Krystal
yang aku kenal selama 10 tahun tak mudah putus asa.” Pada masa ini, aku perlu
memberi semangat kepadanya. Aku yakin bahawa lelaki itu juga meyukainya.
“Dan kau kena ingat kalau kau
perlu seseorang untuk bercakap. Aku akan setia mendengar.” Tambah aku lagi.
Pelukan itu dilepaskan. Krystal
melihat ke arah aku. Bibirnya mula mengukir senyuman. Hati aku mula kembali
tenang apabila melihat Krystal kembali seperti biasa. Hanya dengan senyumannya
membuatkan aku cukup bahagia apatah lagi lelaki yang bertuah itu. Aku menyentuh
pipinya yang lembut itu. Aku mula tersenyum kepadanya. Bahagia sekali aku pada
malam itu.
* * * * * *
7 MARCH 2017
Kantin menjadi tempat
persinggahan aku untuk makan ketika rehat. Aku berjalan perlahan menuju ke
sana. Terasa sunyi pula apabila kali ini Krystal tidak menemani aku seperti
biasa. Bibir hanya mengukir senyuman dan mengangguk apabila sesiapa menyapa
aku.
“Tunggu lah aku dulu, Myungsoo !”
Suara yang menjerit nama aku itu menarik perhatian aku. Aku segera melihat ke
arah belakang.
“Kau rupanya.” Aku bersuara
setelah Sungyeol berada di tepi aku. Dia masih lagi tercungap-cungap setelah
mengejar aku dari belakang.
“Kau nak pergi mana ni ?” Tanya
Sungyeol. Dahi aku dikerutkan. Pelik dengan pertanyaannya.
“Nak pergi kantin lah. Tadi kan
aku ajak kau tapi kau macam nak tak nak je.” Kata aku tapi kali ini tidak
melihat ke arahnya.
“Eh, kejap ! Aku nak pergi tandas
lah. Pergi dulu !” Kata Sungyeol dan hilang begitu sahaja.
“Ingatkan nak belanja dia.
Selamat lah duit aku.” Rungut aku sendirian. Tapi hanya aku yang dapat
mendengarnya.
Pintu kantin dimasuki oleh aku.
Semua pelajar berpusu-pusu mencari tempat duduk dan ada juga yang meninggalkan
kantin ini. Mata aku meliar mencari kelibat Krystal. Entah kenapa aku ingin
berjumpa dengannya. Ada sesuatu yang tidak kena dengan aku.
* * * * * *
Jam di tangan aku lihat. Hanya
tinggal 15 minit sebelum waktu rehat tamat. Kelibat Krystal masih lagi tidak
kelihatan. Hampir seluruh bangunan aku mencarinya. Aku menyerah. Tidak berdaya
lagi untuk mencarinya. Kaki aku melangkah masuk ke dalam kelas. Hati aku
berbunga-bunga apabila melihat Krystal berada di dalamnya. Kaki aku berhenti
melangkah di pintu kelas apabila melihat kelibat seorang lelaki yang tidak
berapa aku kenal. Dia menghampiri Krystal dan kini Krystal berada dalam
pelukannya.
Aku beredar dari bangunan
sekolah. Bangku yang terdapat di bawah pokok itu aku duduk. Kedua-dua belah
tangan menutup muka. Sakit hati melihat perbuatan lelaki itu. Fikiran aku mula
kusut. Aku tahu yang semua perkara ini akan terjadi juga suatu hari nanti. Dan
hari itu ialah hari ini. Muka tidak lagi ditekup oleh kedua-dua belah tangan. Kini,
satu tumbukan hinggap di peha kanan aku yang dilakukan oleh diri sendiri.
Is that the guy who
Krystal mean ? I should be happy that he finally realize Krystal. She will be
happy with him. But why I’m sad ? Can’t I be happy just for her ?
Bibir aku mengukir senyuman.
Kini, Krystal bersama dengan lelaki yang diimpikannya. Aku bangun lantas menuju
ke kelas. Tiada apa lagi yang aku perlu risau tentang Krystal. Mungkin sekarang
ini, dia tidak perlukan aku lagi di sisinya.
* * * * * *
Aku menunggu Krystal di depan
pagar sekolah seperti kebiasaannya. Cuaca yang agak panas pada hari ini
membuatkan aku berpeluh. Belakang tangan mengelap peluh yang mengalir dari
dahi. Mata aku meliar mencari Krystal. Sudah 10 minit aku menunggunya tapi kelibatnya
tidak kelihatan. Hati aku mula risau.
Kaki aku melangkah masuk ke dalam
kawasan sekolah kembali untuk mencari Krystal. Aku berjalan sepantas yang
mungkin menuju ke kelas. Entah kenapa aku begitu pasti bahawa dia masih di
sana. Kawan-kawan yang menyapa tidak aku hiraukan. Tangga dinaiki dengan cepat
tapi berhati-hati.
Aku berhenti di depan pintu
kelas. Hanya tinggal untuk membukanya. Aku hanya berharap bahawa Krystal masih
berada di dalam sana kerana kalau dia tidak ada bermaksud dia memang tidak memerlukan
aku. Pintu itu ditolak dengan perlahan. Dan sememangnya Krystal tidak
memerlukan aku lagi.
* * * * * *
Aku melihat ke bawah ketika
sedang berjalan. Batu yang berada di kaki aku itu disepak kuat. Hati aku tidak
tenang. Kepala aku pening memikirkan semua yang terjadi terhadap diriku sejak
dua tiga hari ini. Aku buntu. Apa caranya untuk bebaskan aku dari semua perkara
ini ? Apa perlu aku lakukan ?
Pandangan aku kembali beralih ke
hadapan. Kaki aku berhenti melangkah. Mata aku melekat pada dua kelibat remaja
itu. Mereka kelihatan bahagia. Aku meneruskan langkah yang terhenti tadi. Aku
pasti boleh menghadapinya. Bibir aku mengukir senyuman setelah dua remaja itu
semakin hampir dengan diriku.
“Kau mesti Myungsoo kan ?” Sapa
lelaki itu. Kepala aku dianggukkan.
“Aku Jongin.” Dia menghulurkan
tangan untuk berjabat tangan. Aku membalasnya.
Aku melihat ke arah perempuan
yang berada di tepinya. Kepalanya ditundukkan. Sepertinya dia tidak mahu
melihat aku lagi. Aku faham maksudnya. Bibir aku hanya mengukir senyuman
walaupun hati ini sakit. Aku hanya perlu pergi dari sini. Itu lah maksudnya.
“Aku ada sesuatu nak dibuat. Jadi
aku pergi dulu. Jumpa lagi, Krystal dan Jongin.” Kata aku.
Kaki aku segera melangkah
meninggalkan mereka. Tiada sepatah perkataan pun yang dikeluarkan oleh Krystal
ketika aku meninggalkannya. Aku tidak perlu lagi menyibuk tentang hal dirinya
itu mulai saat ini sebab dia telah bersama dengan lelaki yang disukainya.
* * * * * *
11 MARCH 2017
Jus oren itu aku hirup dengan
perlahan. Aku kembali dengan posisi asal setelah selesai menghirup jus oren
itu. Tangan kanan menongkat dagu. Mata aku meliar melihat seluruh ruangan kafe
ini. Tiada sesiapa yang aku kenali di sini. Jam tangan aku dilihat. Telah
hampir 30 minit aku di sini. Tapi tidak pula aku ingin pulang ke rumah.
“Myungsoo kan ?” Sapaan itu
mengejutkan aku. Pandangan aku terus beralih kepadanya yang berada di tepi meja
ini.
“Naeun. Duduk lah.” Ajak aku
setelah melihat dirinya.
“Thanks. Jadi, buat apa dekat
sini ?” Tanya Naeun setelah duduk di hadapan aku.
“Tak buat apa-apa pun. Saje nak
minum dengan sini. Awak ?”
“Tadi, saya nak jumpa kawan tapi
dia tak jadi nak datang.” Katanya lalu membetulkan rambutnnya yang sedikit
kusut.
“Nak minum apa-apa tak ? Order
lah.” Tanya aku. Naeun hanya menggeleng kepalanya.
Untuk seketika, kami berdiam
diri. Tiada apa yang hendak dibualkan untuk waktu ini. Aku menyeluk poket
seluar lalu mencapai telefon bimbit. Nama Krystal dicari. Butang hijau itu
hampir ditekan tapi aku membatalkan niat itu. Apa yang aku lakukan ini hanya
menganggu hubungan mereka.
“Myungsoo, saya dengar yang
Krystal dah bersama dengan lelaki yang dia suka. Betul ke ?” Pertanyaan Naeun
itu mengejutkan aku. Aku lantas melihat ke arahnya.
“Betul lah tu.” Jawab aku hampa.
“Macam mana dengan awak ?”
Tanyanya lagi. Dahi aku dikerutkan. Tidak faham apa yang ingin dimaksudkannya.
“Jadi, awak tak ada kawan rapat
lagi lah.” Kata Naeun.
Kata-kata yang keluar daripada
Naeun itu berasa sangat pedas sekali pada pendengaran aku. Malahan menyakitkan
lagi hati aku. Aku tahu Krystal tidak bermaksud untuk menjauhi aku cuma dia
perlu masa yang lebih bersama dengan lelaki yang disukainya itu. Mungkin
keadaan ini masih janggal untuk sementara ini dan akan menjadi kebiasaan
setelah sekian lama.
“Can’t you stop talking about
this thing.” Nada aku tegas.
Entah kenapa aku berasa marah
pada saat ini. Pandangan aku dilemparkan ke luar tingkap. Orang ramai yang
lalu-lalang di jalan itu menyesakkan lagi kawasan ini. Pelbagai gelagat manusia
yang boleh dilihat dari sini. Tapi kenapa aku berasa kesunyian. Padahal aku ada
segalanya seperti keluarga aku yang sentiasa menyokong aku. Mata aku melekat
pada pasangan kekasih itu.
“I need to go now !” Kata aku
kepada Naeun lantas meninggalkannya sendirian.
* * * * * *
Aku berlari mengejar pasangan
itu. Hati aku yakin bahawa itu Krystal dan Jongin dengan hanya melihat susuk
tubuhnya. Pada saat ini, hanya Krystal yang bermain di dalam fikiran aku. Semua
kenangan bersama, senyuman dan gelak ketawa Krystal diimbas kembali. Fikiran
aku mula bercelaru.
Aku menghampiri mereka. Tangan
perempuan itu aku tarik dari belakang. Lantas pasangan itu melihat ke arah aku.
Aku melepaskan tangannya. Dahi aku dipegang. Ingin sekali aku memukul kepala
yang tidak berapa betul berfikir. Tidak menyangka pasangan itu bukan Krystal
dan Jongin. Mereka merenung aku seperti ingin meminta penjelasan.
“Saya minta maaf. Saya cuma
tersalah orang. Minta maaf sekali lagi.” Kata aku. Lantas pergi meninggalkan
mereka.
Aku perlu berhenti memikirkan tentang
Krystal. Hanya satu cara yang perlu aku buat. Aku yakin cara ini amat berkesan
untuk aku dan dia. Mungkin aku tidak berpeluang lagi berjumpa dengannya. Aku
menyeluk poket seluar mencapai telefon bimbit aku. Butang hijau ditekan apabila
nama Krystal dipapar pada skrin. Aku cuba beberapa kali menelefonnya tapi tidak
diangkat. Untuk cubaan kali terakhir, aku menelefonnya.
“Myungsoo ?” Krystal bersuara
setelah menjawab panggilan dari aku.
“Krystal, I want you to know that
I will always love you. That’s all. Goodbye.” Kata aku.
Butang merah ditekan. Panggilan
itu berakhir sebelum Krystal sempat membalas kata-kata. Telefon bimbit
diletakkan kembali di tempat asal. Aku berjalan perlahan menuju ke rumah. Itu
sahaja yang boleh aku lakukan. Ucapan selamat tinggal terakhir kepada Krystal.
Krystal, we never know what happens in the future. But
I know you will be happy with him.
* * * * * *
2 JANUARY
2018
Guru yang sedang mengajar tidak
aku tumpukan perhatian. Perhatian aku lebih kepada pemandangan luar tingkap.
Pada waktu begini, tiada siapa yang berada di luar bangunan sekolah kerana
waktu pembelajaran sedang dijalankan. Pandangan aku beralih kepada kertas yang
berada di atas meja aku. Kertas itu kosong tanpa sebarang contengan. Aku mula
menulis sesuatu setelah lama merenung kertas itu.
It’s almost one year but I can’t…
Tulisan itu aku potong apabila
aku baru tersedar akan realiti yang sebenar. Aku tidak akan pernah jumpa dengannya
lagi walapun hanya sekejap kerana dia tiada lagi dalam kehidupan aku sekarang.
Aku berada jauh daripadanya.
“Myungsoo ! Kamu dengar tak apa
yang saya cakap ni ?” Jerkah guru itu. Beliau berada di hadapan aku. Entah
macam mana aku tidak sedar akan kehadiran guru itu.
“Saya dengar, cikgu.” Jawab aku
lantas berdiri.
“Hari ini, mood saya baik jadi
saya tak akan denda kamu. Duduk !” Katanya kuat. Hampir seluruh bangunan
mendengar apa yang dikatakan beliau.
Aku kembali duduk lantas guru itu
menyambung pembelajaran yang terhenti sebentar tadi. Aku masih sama seperti
tadi tapi hanya melihat apa yang ditulis pada papan hitam itu. Malas mencari
masalah yang sama untuk kali kedua. Aku hanya mendengar apa yang diajar oleh
guru itu tapi tidak masuk ke dalam otak aku ini kerana perkara yang sama
sentiasa menggangu aku.
* * * * * *
Mata aku dipejam rapat. Ingin
sekali tidur pada waktu rehat begini. Tambahan lagi hujan turun dengan
renyai-renyai. Tiada sesiapa yang berada di dalam kelas kecuali aku. Sunyi
tanpa bunyi gelak ketawa dan suara-suara sumbang. Hanya bunyi kipas berpusing
menemani aku. Selera aku hilang untuk makan pada waktu begini. Jadi, lebih baik
aku makan ketika pulang.
“Kau tak pergi makan ke ?” Suara
lelaki itu mengejutkan aku yang hampir terlena. Mata aku dibuka kembali.
“Aku baru je nak tidur. Kau ni
kacau betul.” Kata aku memandang ke arah Sunggyu yang berada di hadapan aku.
“Aku dengar ada budak perempuan
yang baru masuk. Comel jugak dia tu.” Tambah Sunggyu lagi yang teruja dengan
budak perempuan baru itu. Entah siapalah perempuan itu.
“Pergi lah berkenalan dengan dia.
Aku tak kisah pun.” Jawab aku acuh tak acuh.
“Aku tahu lah aku siapa. Tak
macam kau, perempuan tergila-gilakan kau. Tapi boleh pulak kau tak layan.
Kalaulah, aku jadi kau….” Kata Sunggyu yang belum lagi berhenti dari bercakap.
Tidak lagi aku dengar apa yang
dikatakannya. Aku hanya membiarkan Sunggyu bercakap sendirian. Malas melayan
dirinya yang terlalu asyik bercakap tentang populariti aku. Sebolehnya jika
populariti boleh diberi kepada orang lain, ingin sekali aku memberinya kepada
Sunggyu. Bukan aku tidak menghargai sesiapa yang suka dengan aku cuma aku lebih
selesa jika aku bebas dan aku ingin mencari sendiri siapa yang aku suka.
“Budak perempuan tu ! Dia jalan
depan kelas kita.” Kata Sunggyu secara tiba-tiba. Dia menggoncangkan bahu aku
dengan kuat.
Mata aku tertumpu kepada budak
perempuan yang dikatakan oleh Sunggyu. Ingin melihat bagaimana rupanya sampai
boleh membuatkan Sunggyu berminat terhadapnya. Mata aku dibulatkan apabila
melihat perempuan itu. Entah kenapa perempuan itu menarik perhatian aku seperti
aku mengenalinya.
“Aku nak keluar kejap.” Kata aku.
* * * * * *
Kaki aku bergerak pantas. Mata
aku meliar mencari kelibat budak perempuan itu tapi usaha aku gagal. Mungkin
dia telah kembali masuk ke dalam kelasnya. Aku berjalan perlahan menuju ke
kelas. Tidak aku hiraukan siapa yang berada di sekeliling aku sekarang.
“Jadi, awak ada tak lelaki yang
awak suka ?”
“Dulu saya pernah keluar dengan
lelaki yang suka saya tapi saya tak suka dia. Akhirnya, saya putus dengan dia.
Sebab ada seseorang yang betul betul saya suka.”
“What a complicated love,
Krystal.”
Perbualan sekumpulan pelajar perempuan
yang berjalan bertentangan itu aku dengar. Terkejut dengan nama yang disebutnya
dan semua perbualannya. Aku melihat ke arah belakang. Pelajar perempuan itu
semakin jauh dari pandangan aku. Mungkin dia bukan Krystal yang aku kenali.
Hanya kebetulan namanya sama.
* * * * * *
3 JANUARY
2018
Aku menunggu Sunggyu dan kawan-kawan
yang lain datang di depan mall yang besar ini. Setiap hujung bulan, kami keluar
bersama-sama tidak kira lah pergi ke mana sekali pun. Hari ini, mereka
merancang untuk berjalan-jalan di dalam mall itu. Sudah 15 minit dari masa yang
dijanjikan tapi mereka masih belum sampai. Atau aku yang terlebih awal sampai.
Aku memerhati keadaan sekeliling untuk mencari mereka.
“Myungsoo ! Awal betul kau sampai
!” Sahut suara yang datang dari arah kanan aku. Aku melihat ke arahnya. Semua
kawan-kawan aku berada bersama Sunggyu.
Aku hanya tersenyum melihat mereka yang semakin menghampiri aku.
“Aku ada bawa orang baru bersama
kita. Perkenalkan, Krystal !” Kata Sunggyu.
Pandangan aku melekat pada
perempuan yang berada di hadapan aku. Mata aku dibulatkan. Dia Krystal yang
sama. Tapi kenapa dia muncul pada ketika ini. Bibir aku mengukir senyuman yang
sengaja dibuat-buat supaya tiada orang yang curiga terhadap kami.
“Hai, saya Myungsoo.” Kata aku.
Aku menghulurkan tangan aku untuk berjabat tangan dengannya.
“Krystal.” Jawabnya pendek lantas
berjabat tangan dengan aku. Dia hanya tersenyum kepada aku.
“Jom ! Kita pergi !” Kata
Sunggyu.
Aku hanya mengikuti apa yang
dikatakan oleh Sunggyu. Aku masih tidak percaya akan kehadiran Krystal yang
berpindah ke sini. Hampir setahun kami tidak berjumpa dan aku amat merindui
semua tentangnya. Tapi boleh ke semuanya menjadi seperti dulu ?
* * * * * *
Pintu lif itu dibuka. Aku dan
Krystal melangkah masuk terlebih dahulu.
“Kitorang perlu ke tempat lain
dulu. Korang pergilah ke mana-mana dulu. Okay ? Bye !” Kata Sunggyu mewakili
semua kawan yang lain.
“Hey ! Kau nak pergi mana tu ?”
Kata aku kuat.
Pintu lif itu ditutup. Tiada apa
lagi yang boleh aku lakukan. Krystal menekan tingkat 4 untuk keluar dari lif
ini. Aku melihat ke arahnya. Terlalu banyak persoalan yang ingin ditanya tapi
aku tidak mampu berkata-kata dengannya. Mungkin aku hanya menyakitkan hatinya.
Lebih baik aku berdiam diri. Krystal memandang ke arah aku. Mata kami bertemu.
Jelas terpancar dari matanya yang dia tengah bersedih.
“Kenapa kau pindah ?” Tanya aku
memecah kesunyian antara kami berdua. Kami tidak lagi memandang antara satu
sama lain.
“Aku…” Pintu lif dibuka sebelum
sempat Krystal menghabiskan kata-katanya.
Aku mengambil arah berlainan dari
Krystal ketika kami keluar. Hati aku terlalu sakit melihat raut wajah Krystal
yang sedih ketika di dalam lif. Tapi siapa aku untuk tenangkan dirinya. Aku
bukan sesiapa lagi dalam hidupnya. Aku telah lama meninggalkan Krystal. Baju
aku ditarik dari arah belakang. Aku melihatnya. Krystal telah pun berada di
hadapan aku. Nafasnya masih lagi tercungap-cungap kerana mengejar aku. Pelik
dengan perbuatannya itu.
“Kenapa kau ikut aku ?” Tanya
aku.
“I want to talk to you.” Katanya.
Aku menarik tangannya lembut ke sebuah bangku yang berhampiran.
“Kau duduk dekat sini dulu. Biar aku
pergi beli air.” Kata aku. Tangan aku ditarik oleh Krystal. Dia melihat aku ke
dalam anak mata.
“Please, don’t go. You can’t
leave me again like before.”
Kata-kata Krystal itu mengejutkan
aku. Terdapat makna dalam setiap perkataan yang dikeluarkannya. Punggung aku
dilabuhkan di tepinya. Tumpuan aku beralih kepada Krystal sepenuhnya.
“Kenapa kau pindah dekat sini ? Dan
apa yang kau nak cakap ?” Soalan yang sama dilontarkan oleh aku ketika di dalam
lif tadi.
Krystal membisu. Kepalanya
ditundukkan. Entah apa yang difikirkannya ketika ini.
“Kenapa kau pergi tanpa beritahu
aku ?” Tanya Krystal yang telah lama berdiam diri.
“It’s already past. And I don’t
have any reason about that.” Jawab aku. Sememangnya aku tidak jujur terhadapnya.
“Oh, yeah. Do whatever you like.
Don’t care about me either.” Kata Krystal dengan jelingan kepada aku. Semuanya
telah berubah.
“Okay.” Jawab aku pendek.
Tiada apa lagi yang ingin dikatakan
oleh aku. Aku mungkin susah untuk melupakan perasaan aku terhadapnya tapi
perkara itu sudah berlalu. Dan tidak perlu diungkit lagi. Segala-galanya sudah
berakhir antara kami berdua.
* * * * * *
7
FEBRUARY 2018
Perempuan yang menghampiri aku
itu menarik perhatian aku. Satu senyuman melekat pada bibirnya. Aku tidak
membalas senyuman sebaliknya hanya membuat riak muka yang bosan. Bahu kanan aku
dipegang oleh perempuan itu. Aku menolak
sentuhannya. Tidak ingin dibelai oleh perempuan itu.
“Kenapa ni, Myungsoo ?” Tanyanya
manja. Dia menyentuh pipi aku.
“Hey, Bomi ! Boleh tak jangan
kacau aku.” Kata aku sambil melihat ke dalam anak matanya. Aku menepis
tangannya yang berada pada pipi aku ini.
Aku berjalan meninggalkan Bomi
bersendirian. Pandangan aku beralih ke bawah ketika berjalan. Tidak pula aku
melihat apa yang berada di hadapan aku. Bangggg !!! Aku terduduk di atas
lantai. Kepala aku yang sakit akibat terlanggar seseorang. Buku-buku yang
dibawanya bertaburan. Kami berdua lantas bangun. Aku membetulkan baju aku yang
tidak kelihatan kemas.
“Saya minta maaf sebab langgar…”
Kata-kata aku itu tidak diteruskan apabila melihat dirinya.
“Are you doing this alone ?”
Tambah aku lagi. Buku-buku yang berada di atas lantai itu dikutip.
“Yes. Why ?” Katanya yang masih
mengutip semua buku itu.
“Let me help you.” Kata aku. Kami
segera berdiri setelah buku itu selesai dikutip.
“You’re such a bothersome.”
Tidak aku hiraukan apa yang
dikatakan oleh Krystal sebaliknya aku hanya menolongnya membawa buku yang
banyak itu. Aku hanya mengikuti setiap langkahnya. Sudah pasti dia membenci
diri aku yang tidak bersikap jujur dan meninggalkannya secara tiba-tiba.
* * * * * *
Aku berjalan sendirian pulang ke
rumah. Kedua-dua belah tangan dimasukkan ke dalam poket. Aku memandang ke
hadapan. Sekumpulan lelaki yang berada tidak jauh dari pandangan aku menarik
perhatian aku. Ada sesuatu yang terjadi antara mereka. Aku berjalan melintasi
mereka. Hujung mata aku melihat lelaki-lelaki itu. Aku berhenti melangkah. Mata
aku tertumpu kepada susuk tubuh perempuan yang berada di tengah-tengahnya. Terkejut
melihat Krystal yang tengah berada dalam ketakutan.
“Woii ! Kau buat apa dengan dia
?” Jerkah aku kepada lelaki-lelaki itu.
“Kau cari pasal dengan aku ya ?
Kau sorang tapi aku ada 2 orang. Mampu ke kau ? Hah ?” Kata salah sorang
daripada mereka.
Satu tumbukan hinggap pada pipi
aku. Darah mula mengalir pada hujung pipi. Aku hanya membiarkannya. Aku
tersenyum sinis. Satu pukulan dibuat oleh aku. Lelaki itu terduduk akibat
daripada perbuatan aku. Aku meneruskan lagi pukulan terhadap 2 lelaki lain.
* * * * * *
Pandangan aku beralih kepada
Krystal yang berada di belakang aku setelah lelaki-lelaki itu melarikan diri.
Kepalanya ditundukkan. Seluruh badannya kelihatan menggeletar. Aku mendakap
Krystal supaya dia akan berasa lebih tenang.
“Are you okay ?” Kata aku setelah
lama Krystal berdiam diri.
“I’m scared.” Kata Krystal
perlahan tapi cukup didengari oleh aku.
“I’m here with you now.”
“Thanks.” Kata Krystal. Dakapan
itu dilepaskan.
Aku tersenyum melihat keadaan
Krystal yang pulih seperti biasa. Hati aku cukup tenang melihat senyumannya
yang lama tidak dilemparkan kepada aku. Kedua-dua belah tangan aku memegang
bahu Krystal. Dia menolak tangan aku dengan kasar. Aku sedikit terkejut dengan
tindakannya.
“Kenapa kau selamatkan aku ? Kan
aku dah kata jangan peduli tentang aku.” Marah Krystal secara tiba-tiba. Aku
seolah-olah kembali kepada dunia realiti.
“Aku cuma kesiankan kau. Kalau
tak, siapa lagi nak tolong kau kan ? Aku balik dulu.” Kata aku.
“Aku tak minta pun kau tolong
aku.” Jawabnya dengan nada yang mengejek.
Kata-katanya langsung tidak aku
peduli. Aku meninggalkannya sendirian.
“Kenapa aku perlu jatuh sekarang
?” Rungut Krystal yang masih boleh didengari oleh aku yang berjalan tidak jauh
daripadanya.
Langkah aku berhenti. Aku
memusingkan badan aku ke arah Krystal. Tidak sanggup melihatnya yang sedang
cuba berjalan sedangkan kakinya sakit akibat terjatuh. Sikapnya masih sama,
tidak mudah putus asa terhadap sesuatu perkara. Aku menghampirinya yang berada
hanya beberapa meter daripada aku. Bibir aku mengukir senyuman. Aku duduk
mencangkung di hadapan Krystal.
“Kau naik atas belakang aku
sekarang.” Kata aku.
“Buat apa aku nak naik ?”
Tanyanya.
“Cepat lah. Kalau tak kau tak
balik rumah hari ni.”
Aku bangun setelah Krystal berada
di belakang aku. Aku menggendongnya. Perjalanan yang terhenti itu tadi
diteruskan. Kami hanya membisu tanpa sebarang perbualan. Mungkin tiada apa yang
ingin dibualkan pada saat ini. Bahu aku yang disentuh oleh Krystal itu terasa
selesa sekali. Aku tersenyum sendirian. Entah kenapa aku berasa sangat bahagia
ketika ini dan aku tahu yang aku tidak boleh melupakan Krystal kerana aku
sangat suka akannya.
“Kenapa kau berat sangat ni ?”
Tanya aku. Sengaja menanyakan soalan yang begitu.
“Tiada kena mengena kau. Lagipun,
padanlah dengan muka kau tu.” Jawab Krystal.
Aku ketawa. Lucu apa yang
dikatakan oleh Krystal. Aku melihatnya yang berada di belakang aku. Mata kami bertemu.
Langkah aku terhenti. Lama kami merenung sesama sendiri seperti berada dalam
dunia kami sendiri tanpa ada sesiapa yang mengganggu. Ingin sekali aku
mengatakan sesuatu yang amat penting kepadanya tapi semuanya hanya terpendam
dalam diri aku ini.
Pandangan aku beralih kembali ke
hadapan. Aku berjalan seperti biasa. Kami hanya berdiam diri sejak dari
kejadian tadi. Mungkin masing-masing perlukan masa untuk berfikir.
“Do you hate me that much,
Myungsoo ?” Tanyanya dengan perlahan. Angin yang menyapa kami itu membuatkan
lagi suasana makin damai.
“Why are you asking me question
like that ?” Kata aku.
“Did I do something that you
really hate ?” Suara Krystal berketar. Aku terdiam dengan pertanyaannya itu.
“Then, why are you really care
about me ? You always look at me in the school and I just feel it that you
actually love me like we did in the past.”
“Because I’m not strong like you.
I always run away from you and didn’t say what I actually feel towards you. But
then, I just give up because you actually like Jongin.” Kata aku melepaskan
segalanya yang terpendam dalam hati aku selama ini.
“I don’t like him. But can you just
say it, now how do you feel ?” Katanya.
“I like you, Krystal more than
just a friend.” Kata aku mematikan perbualan kami setelah sampai di hadapan
rumahnya. Aku berasa lega. Sememangnya aku lemah apabila berada di hadapan
orang yang disukai.
* * * * * *
8
FEBRUARY 2013
Mukanya aku tatap. Perempuan yang
berada di hadapan aku ini menundukkan kepalanya. Entah apa yang ingin
dikatakannya sehingga membuatkan masa aku terbuang. Telah lama aku menunggunya.
Tapi tidak sekali mengeluarkan suara. Keluhan aku kedengaran membuatkan
perempuan itu mengangkat muka.
“Actually I have been in love with
you since I first saw you.” Katanya.
“I…” Belum sempat aku mengatakan
sesuatu seseorang muncul di hadapan aku.
Dahi aku dikerutkan. Pelik dengan
kelakuannya. Dia ingin menghalang aku dari terus berkata-kata kepada perempuan
itu. Dan aku tahu siapa dirinya.
“You don’t have any right to
confess to him. Because his mine.” Marahnya kepada perempuan itu. Aku ketawa
kecil melihatnya. Perempuan itu melarikan diri meninggalkan kami berdua.
Mata aku tertumpu terhadap dia
yang berada di hadapan aku menggantikan perempuan yang meluahkan perasaannya.
Bibir aku mengukir senyuman. Bahagia hanya melihatnya dan aku tidak mampu untuk
ungkapkannya dalam perkataan.
“I hate myself right now because
I don’t say it properly.” Katanya lantas memeluk aku.
“So ?” Kata aku seperti
mempermainkannya.
“I also like you, Myungsoo since we
start became friend.”
“Can you repeat again what you
say ? I didn’t hear.” Kata aku lalu ketawa kecil melihat bibirnya yang muncung
itu.
“I say I like you, Myungsoo !”
Katanya kuat. Pelukan itu dilepaskan. Orang di sekeliling kami memandang ke arah
kami. Kami berdua hanya ketawa. Tidak kisah apa yang dikatakan oleh mereka
asalkan dia bersama dengan aku untuk selama-lamanya.
“Sorry because being such a loser
and run away from you before. But now I’ll be more strong than you, Krystal, just
to protect you.” Aku melihat Krystal dalam ke anak matanya. Semua yang
dikatakan oleh aku ikhlas kepadanya.
“You are strong enough for me.”
Senyuman terukir pada bibir kami berdua. Aku mengusap
rambutnya lembut.
No matter, how weak I am but I know that I’m the only
one will make her happy. Because we have one thing that same, our feelings. And
because of it, we become one. I love you, Krystal.
* * * * * *
- THE END -
THANKS FOR READ. COMMENT PLEASE ?
Ini kali pertama saya buat POV lelaki punye. Saya main hentam je semua ni.
Ni fanfic terakhir 2012.
Goodbye !

|
|