CHAPTER 10 [ SECRET ]
6
FEBRUARY 2013
EMILY
Aku melabuh
punggung di atas rumput. Letih setelah siap membersihkan bilik alatan sukan
itu. Daehyun dan Lauren telah pun pulang terlebih dahulu selepas selesai
mengemas. Rumah Daehyun dan Lauren terletak jauh dari sekolah. Himchan yang
berjalan ke arah aku menarik perhatian aku. Dia melabuhkan punggung di tepi
aku. Aku melihatnya.
“Kenapa kau
pandang aku semacam ?” Tanya Himchan. Pandangannya teralih ke arah aku. Sangat
hampir dengan muka aku. Aku memandang ke arah depan. Malu dengannya.
“Errmm…Saja
je.” Jawab aku selamba.
“Kau dapat tak
lagi cari siapa dia ?” Kata Himchan. Aku tersentak mendengar pertanyaan. Entah
apa yang dimaksudkan oleh Himchan.
“What do you
mean ?” Dahi aku dikerutkan.
“Yang kau
menjerit dekat rooftop hari tu. Kau dapat cari dia ?” Katanya. Lega setelah
mengetahui apa yang dimaksudkan oleh Himchan. Baru sekarang aku teringat
tentang hal itu.
“Tak jumpa pun.
Tapi yang aku ingat rambut dia blonde macam kau.” Kedengaran keluhan di akhir
percakapan aku. Ingin sekali aku berjumpa lagi dengannya.
Himchan
membisu. Mungkin tiada apa yang ingin dibalasnya lagi. Untuk seketika, kami
memandang antara satu sama lain. Dalam pandangannya seperti aku seorang sahaja
yang dilihat. Matanya menjelaskan yang dia mempunyai sesuatu perkara yang
sentiasa difikirkan. Aku ingin mengetahui. Bibir Himchan mengukir senyuman dan
dia terus ketawa kecil. Pelik melihat dengan perlakuannya itu.
“Yang kau
tengok aku tu kenapa ?” Kata Himchan yang masih bersisa dengan ketawa. Aku
tidak membalas sebaliknya hanya mendiamkan diri. Malu dengan tindakan aku itu.
“Sebenarnya ada
benda atas kepala kau tu. Sebab tu aku tengok kau. Ingatkan kau perasan tadi.
Tapi yang peliknya kau suka sangat tenung aku dalam-dalam. Macam nak makan
orang.” Jelas Himchan yang telah pun berhenti ketawa. Tangan aku mula
meraba-raba mencari apa yang dikatakan oleh Himchan.
“Mari sini, aku
buat.” Kata Himchan.
Kepala aku
hanya dianggukkan. Aku menghampirinya. Aku melihat wajahnya yang menghampiri
aku. Entah kenapa perasaan yang aku alami ini sedikit pelik. Mata aku dipejam
rapat sebaik sahaja Himchan membuang sesuatu dari atas kepala aku.
“Aku dah buang
debu atas kepala kau tu.” Kata Himchan. Mata aku dibuka semula. Kini, Himchan
kembali semula kepada posisi asal seperti tadi.
“Thanks.” Kata
aku. Aku melemparkan senyuman kepada Himchan.
Pandangan aku
beralih ke bawah. Rumput yang hijau itu aku tatap. Sesekali aku melihat Himchan
yang berada di tepi aku. Tiada apa lagi yang ingin dibualkan oleh kami. Aku
melihat ke arah langit. Suasana telah pun beransur petang. Aku mula teringatkan
tentang rumah.
“Kau tak nak balik
lagi ke ?” Tanya Himchan yang memecahkan kesunyian antara kami berdua. Kami
lantas berdiri.
“Saya dah nak
balik lah ni. Awak ?”
“Kalau macam
tu, balik dengan aku lah.” Kata Himchan. Tidak aku menyangka kata-kata itu
keluar daripadanya.
“Tak apa lah.
Lagipun saya…” Tangan aku ditarik oleh Himchan. Kami berlari ke arah parking
lot untuk basikal dan motosikal.
Nafas aku masih
tercungap-cungap setelah kepenatan berlari. Sebuah motosikal yang berwarna
hitam terdapat di hadapan aku. Aku melihat ke arah Himchan. Tidak percaya
bahawa selama ini dia menunggang motosikal untuk ke sekolah. Himchan telah pun
duduk di atasnya tapi aku masih berdiri di tepi motosikal itu. Tidak tahu apa
yang hendak dibuat sama ada perlu pulang bersama Himchan atau tidak.
“Apa yang kau
buat dekat situ ? Kau naik lah.” Kata Himchan yang telah pun menghidupkan
enjin.
“Errr…Okay.”
Jawab aku teragak-agak.
Sesaat
kemudian, aku telah pun duduk di atas motosikal itu. Tangan aku diletakkan di
atas bahu Himchan tapi tidak memegangnya dengan kemas. Aku sedikit ragu-ragu
dengan tindakan aku ini. Himchan telah pun beredar dari kawasan sekolah. Pada
saat ini, aku memeluk Himchan dengan erat sekali. Takut apabila motosikal ini
mula laju.
“Kau pegang aku
kuat-kuat !” Jerit Himchan kepada aku. Kata-katanya kurang jelas kerana bising
dengan jalan raya yang agak sesak.
“Okay !” Kata
aku sedikit kuat.
Tidak aku
hiraukan lagi ke mana yang ingin kami tuju kerana aku terlalu takut pada saat
ini.
Himchan mula
memperlahankan motosikalnya. Aku berasa pelik dengan tindakannya. Kami berhenti
di laluan khas untuk basikal di atas jambatan. Pelukan yang kemas tadi
dilepaskan. Himchan berpaling ke arah aku. Dahi aku dikerutkan. Tidak tahu apa
yang dimaksudkan oleh Himchan.
“Boleh tak
kalau kita berhenti dekat sini sekejap ?” Tanya Himchan. Aku hanya mengangguk.
Seketika
kemudian, aku berdiri berhadapan dengan pemandangan laut yang boleh dilihat
dari sini. Indah sekali dengan langit yang kian merah dan burung-burung yang
ingin pulang kembali ke rumahnya. Fikiran aku berasa bebas dari masalah yang
menggangu fikiran aku. Tidak aku sangka dengan hanya melihat pemandangan ini
mampu menenangkan jiwa dan fikiran aku.
“Cantik kan
tempat ni ?” Tanya Himchan yang hanya bersandar pada motosikalnya. Pandangan
aku beralih kepadanya.
“Ha’ah. Pandai
awak cari tempat yang cantik macam ni.” Kata aku yang cukup teruja.
“Dekat sini
lah, aku biasa pergi kalau aku bosan dekat rumah. Tempat ni macam dah jadi
tempat rahsia aku. Hanya kau dan aku saja yang tahu.” Kata Himchan. Bibirnya
mengukir senyuman.
Pandangan aku
kembali beralih ke arah laut. Entah kenapa aku berasa malu dengan melihat
senyumannya itu. Kedua-dua belah tangan aku mula memegang pipi. Tidak aku sangka pipi aku telah merona
merah hanya disebabkan Himchan.
“Terima kasih
sebab tunjuk tempat yang cantik macam ini. Saya nak minta maaf pasal hal tadi.
Saya tak bermaksud apa-apa. Saya cuma rasa awak baik tak macam yang orang kata
tu.” Kata aku. Pipi aku kembali seperti biasa. Kedua-dua belah tangan aku
dijatuhkan.
“Yang pasal kau
cakap aku pelik tu. Aku salah juga sebab tak dengar kau cakap sampai habis.
Jadi, maafkan aku.” Kata Himchan. Aku ketawa kecil mendengar kata-kata Himchan.
“Kenapa kau
gelak ?” Tambahnya lagi.
“Saya tak
percaya yang awak akan minta maaf dekat saya.” Kata aku setelah berhenti
ketawa.
“Tapi ini kali
pertama aku minta maaf dekat seseorang. Aku rasa tenang.” Kata Himchan. Aku
melihatnya. Mukanya kelihtan serious.
“Jadi, awak
patut minta maaf dengan semua orang yang awak buat salah.” Kata aku. Terselit
senyuman pada akhir bicara aku.
“I’ll try.
Thanks, Emily.” Himchan melihat ke arah dan sekali lagi dia tersenyum kepada
aku.
* *
* * * *
I'm back ! I have updated for fanfic Secret.
Enjoyed reading. Don't forget to comment.
Thanks.

|
|