*Fanfiction* <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3229863562427244893\x26blogName\x3d%2B+Fanfiction+%2B\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://little-ff.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://little-ff.blogspot.com/\x26vt\x3d-8414021246162831683', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
OFFICIAL BLOG LIST OF FANFICTIONS +FOLLOW

MOMENT [ ONESHOT ]


CHARACTERS



It was the last time I saw him that day. The day before I moved here, Tokyo. If there was a chance, I would confess to him. I remember how happy him with that lucky girl. What I really want is to be with the guy that I like. Just please give me a chance.

14 APRIL 2016

YUKA

“Yuka ! You can do it !”Kata suara hati aku.

Muka aku dibelek-belek.Rambut panjang aku dibetulkan di hadapan cermin. Inilah masa yang sesuai untuk aku luahkan apa yang selama ini terbuku dalam hati kecil aku ini. Tangan aku dibasuh dengan bersih sebelum keluar dari tandas perempuan itu.Baju aku dibetulkan. Aku bersedia walaupun apa yang aku katakan ini akan mengecewakan aku sendiri.

Aku menuju ke kelas 2-1.Langkah aku dicepatkan.Perasaan berdebar ini semakin lama semakin kuat. Apa yang perlu aku buat hanya berjumpa dengannya. Bibir aku mengukir senyuman untuk menambahkan lagi semangat ini. Aku berhenti di hadapan kelas 2-1 setelah sampai.Aku menarik nafas dalam dan menghembuskan dengan perlahan. Kepala aku dijengukkan.

“Boleh saya jumpa dengan Nao ?”Kata aku.

“Yuka ! Nao pergi library, tak silap saya.”Jawab salah seorang senior lelaki yang berada di mejanya. Aku hanya tersenyum hampa.

Kini, langkahan aku menuju ke library yang berada di hujung blok bangunan ini.

FLASHBACK

Jam tangan yang berada di sebelah tangan kanan aku dilihat. Jarum jam menunjukkan pukul 7.55 pagi dan itu bermaksud hanya tinggal 5 minit saja lagi sebelum pintu pagar ditutup. Rambut aku diikat. Setelah itu, aku memecut ke sekolah seolah-olah seperti seorang atlet sedang bertanding untuk memenangi acaranya.

Setelah sampai di hadapan sekolah, langkahan kaki berhenti. Nafas aku masih lagi termengah-mengah. Ikatan rambut dilepaskan. Rambut aku diuruskan. Kemudian, aku berjalan seperti biasa masuk ke sekolah. Aku melanggar seorang pelajar perempuan lalu terjatuh di atas tanah sebelum sempat meminta maaf.

Aku lantas mencapai semua buku yang bertaburan lantas dimasukkan ke dalam beg kuning itu. Sebelum sempat aku bangun, seseorang menghulurkan tangannya. Aku melihat ke atas. Matahari yang menyinari di belakangnya membuatkan mukanya kurang jelas untuk dilihat. Bibir aku mengukir senyuman. Aku mecapai tangannya.

“Arigatou.(Terima kasih)” Kata aku perlahan setelah berdiri tegak semula.Baju aku dikemaskan.

“Are you okay ?”Tanya pelajar lelaki itu. Rambutnya hitam. Pakaian sekolahnya kelihatan kemas. Kulit putihnya menyerlahkan lagi senyuman pada bibirnya yang merah jambu itu.

“Yeah.”Aku hanya tersenyum malu.

“Kalau macam itu, kita patut pergi sama-sama masuk ke bangunan sekolah sebelum terlambat.” Katanya lalu berjalan masuk ke sekolah dan diikuti aku.

“Lupa nak cakap. Saya Kimura Nao. Pelajar kelas 2-1. Macam mana dengan awak ?” Dia memperkenalkan dirinya kepada aku.

“Saya Hayashi Yuka dan belajar dalam kelas 1-3.” Aku melihat ke wajahnya. Dia tersenyum.

Sepanjang kami berjalan ke kelas masing-masing, gelak ketawa menemani kami. Kimura Nao pandai buat aku ketawa sehingga tidak berhenti. Macam-macam cerita yang dibualkan dengan aku.Sejak hari itu, jantung aku sentiasa berdegup kencang apabila bersama dengannya.

END FLASHBACK

Aku lantas membuka pintu library itu. Suasana di sana senyap. Library itu dimasuki aku. Mata aku mencari kelibat Nao tetapi tidak kelihatan. Hanya beberapa orang pelajar sedang membaca buku di meja yang disediakan. Aku mula berfikir di mana untuk mencari Nao.

“I know ! I think he is looking for the book !”Suara hati aku berkata.

Aku berjalan satu demi satu rak-rak buku yang ada di situ. Sambil itu, aku juga mencari buku yang aku ingin baca. Hanya tinggal satu rak buku yang belum aku pergi. Hati aku yakin bahawa Nao di sana. Aku mengintai ke lorong rak buku itu.Tekaan aku betul. Kelihatan Nao dan seorang pelajar perempuan berambut separas bahu. Aku mula bertanya-tanya siapa perempuan itu. Aku menyorok diri aku pada belakang rak buku itu supaya diri aku tidak kelihatan.

“I always like you from the start. So, can you date with me ?” Suara perlahan perempuan itu kedengaran.

“Yeah. Thanks because you confessed to me.” Nao mula bersuara.

Mulut aku terkunci.Tiada apa yang perlu aku katakan setelah apa yang aku dengar daripada Nao tadi. Hujung bibir aku digigit supaya dapat menahan tangisan ini.Tapi cubaan aku gagal. Air mata aku bergelinangan.Tak dapat lagi aku menahan. Sesekali belakang tangan aku mengesat air mata ini. Aku mesti tabah. Setelah itu, aku berjalan keluar dari library tanpa menghiraukan sesiapa.

* * * * * *

4 JUNE 2017

It’s been one year since that. But I can’t forget about him yet. If I could meet him again, I will say everything properly to him. Kimura Nao, I like you.

Keadaan train yang aku naiki untuk ke sekolah ini tidak sesak seperti kebiasaannya. Ini membuatkan aku lebih selesa.Tempat duduk  paling hampir dengan pintu masuk train ini aku duduk. Buku yang aku bawa itu dibaca. Sesekali aku ketawa sendirian membaca buku itu. Hanya aku seorang sahaja yang menaiki train ke sekolah. Tidak ada rakan lain yang menemani aku.

“Pintu train ini akan ditutup sebentar lagi. Diulang, pintu train ini akan ditutup sebentar lagi.” Pengumuman dibuat menandakan train ini akan bergerak.

Aku meletakkan buku di atas riba aku. Mata aku tertumpu terhadap pintu masuk train itu. Hanya beberapa saat lagi akan ditutup. Belum sempat pintu ditutup, kelihatan seorang kelibat lelaki masuk ke dalam train. Semua orang yang ada dalam train itu menumpukan perhatian kepadanya. Seorang pelajar lelaki sempat memasuki train ini. Train ini lantas bergerak.

Hanya bahagian tepinya boleh aku lihat kerana dia memandang ke arah lain. Dia memakai headphone pada lehernya. Rambutnya blonde dan kelihatan serabut.Dia membetulkan pakaiannya sekaligus rambutnya itu. Setelah itu, dia mencari tempat duduk. Lelaki itu memandang ke arah aku atau lebih tepat, dia melihat tempat duduk yang kosong di tepi aku. Dia menuju ke sini lalu duduk.

Muka aku ditutup dengan buku.Mata aku mengintai lelaki itu. Dia menumpukan sepenuh perhatiannya terhadap skrin handphonenya. Entah kenapa aku begitu yakin yang aku mengenalinya. Aku menurunkan buku itu. Tidak aku pedulikan perasaan aku itu. Tidak mungkin aku mengenalinya kerana ini kali pertama dia menaiki train ini.

Bangg ! Bunyi handphone lelaki itu jatuh dari tangannya. Dengan segeranya, aku menundukkan badan aku ke bawah untuk mengambilnya. Begitu juga dengan lelaki itu. Jari kami bersetuhan. Aku tidak lagi mengambil handphone itu sebaliknya lelaki itu mengambilnya. Kami sama-sama kembali kepada posisi asal. Kami melihat antara satu sama lain.

“Kimura Nao ?” Kata aku.

“Ermm…I think I knew you but who ?” Kata lelaki itu.

“I’m Hayashi Yuka. Same school with you last year. So, are you Nao ?”

“Yuka !” Kata Nao kuat tapi hanya dapat didengari oleh kami.

“Nao, saya tak sangka yang kita boleh jumpa lagi. Ingat tak lagi kali terakhir kita jumpa ?” Tanya aku. Gembira sungguh nada aku kali ini.

“Sorry. I don’t think I remember that.” Jawapan Nao menghampakan aku.

“It’s okay. You know I’m really happy to see you again.” Bibir aku mengukir senyuman.

Nao memandang ke arah lain. Entah kenapa dia berbuat begitu apabila aku sedang berbual dengannya. Dia tak berubah macam dulu. Tapi dia masih ingat aku sepenuhnya ke ?

“Kenapa awak pandang lain ?” Kata aku lalu menatap mukanya yang berpaling ke arah lain.

“Please don’t make me blush.” Kepalanya berpaling ke arah aku.

Muka kami hanya beberapa cm antara satu sama lain. Aku terkejut lalu memandang ke arah lain. Muka aku merah. Nao juga melakukan perkara yang sama seperti aku. Setelah lama aku tak jumpa dengan dia, berlaku pula kejadian ini. Kami hanya mendiamkan diri. Hanya kedengaran orang berbual-bual sesama rakannya dan bunyi train ini bergerak.

Train ini berhenti setelah tiba di destinasinya. Orang mula berpusu-pusu keluar dari  train tersebut. Aku lantas bangun dan menuju ke arah pintu keluar. Aku tidak menghiraukan Nao sejak kejadian tadi. Kaki aku menjejak keluar. Tangan aku seperti ditarik oleh seseorang dari belakang. Lantas aku melihat ke belakang.

“Yuka, let’s meet again tomorrow. At the same time.” Kata Nao lantas melepaskan tangan aku.

“Okay. I will waiting.” Bibir aku mengukir senyuman.

My dream becomes true. I don’t have any idea that I can meet him. Can I tell him now about this feeling ?

* * * * * *

5 JUNE 2017

Tepat pukul 7 pagi, aku keluar dari rumah aku. Hari Selasa hari yang paling tidak aku suka disebabkan kelas P.E yang dijadualkan. Tapi hari ini juga, hari yang aku tidak sabar menunggu. Awal-awal lagi, aku bangun dari tidur. Apa yang aku tunggukan ?

“Yuka, let’s meet again tomorrow. At the same time.” Terngiang-ngiang kata-kata Nao.

Aku tersenyuman sendirian. Gembira dengan kata-katanya itu. Aku dapat jumpa lagi dengan dia hari ini. Langkahan aku perlahan kerana train akan bergerak pada pukul 7.40 pagi. Tidak perlu aku berlari seperti kebiasaanya disebabkan aku selalu bangun tidur lewat.

“Hey, Yuka !” Kedengaran suara lelaki memanggil aku dari belakang. Aku segera menoleh.

“Yuuya !”Aku juga menyahut panggilannya itu. Kami berjalan bersama-sama.

“Awal kau hari ini. Ada apa-apa ke ?” Tanya Yuuya.

“Tak ada lah. Aku rasa semangat hari ini.” Aku ketawa kecil mengenangkan apa yang aku katakan.

Aku melihat ke arah Yuuya. Dia juga turut ketawa. Dia kelihatan segak dengan pakaian sekolah. Yuuya juga sama kelas dengan aku. Pelajar lelaki yang menjadi kegilaan ramai perempuan. Tapi entah apa yang menarik sangat tentang dirinya. Rambutnya perang dan dia tinggi. Bagi aku, dia sama sahaja dengan pelajar lain yang  ada di sekolah lain. Rumahnya paling hampir dengan aku tapi kami tidak naik train bersama.

“Woi ! Kau dengar  tak apa yang aku cakap ni ?” Tangan Yuuya melambai-lambai di depan muka aku.

Perhatian aku tiba-tiba tertumpu terhadap seorang lelaki dan perempuan yang berada tidak jauh dari aku. Aku ingin mengejarnya tapi ada sesuatu yang menghalang aku iaitu aku tidak sanggup mengetahui lelaki itu. Dia ialah Nao tapi ada satu kelainan terhadap dirinya iaitu berambut hitam. Mungkin dia bukan Nao tapi kenapa perasaan cemburu terhadap perempuan itu timbul dalam diri aku.

Kepala aku digeleng-gelengkan. Aku sentiasa fikir yang bukan-bukan. Siapa cakap aku cemburu. Aku cuma rasa tak selesa saja. Aku tipu diri sendiri. Aku tidak mempedulikan apa yang aku rasa.

“Kau suka lelaki depan tu ke ?” Tiba-tiba timbul pertanyaan yang  tidak mahu aku dengar dari Yuuya.

“No. I just love watching them. They look good together.” Kata aku. Bibir aku mengukir senyuman yang dibuat-buat.

“Aku percayakan kau.Tapi kalau ada apa-apa, kau patut cakap dengan aku.” Kata Yuuya sambil melihat ke arah aku.

Kepala aku hanya dianggukkan. Langkahan aku semakin laju. Saja aku ingin meninggalkan Yuuya berjalan sendirian.

* * * * * *

Kaki aku melangkah masuk ke dalam train.Train tersebut mula bergerak. Mata aku hanya tertumpu kepada tempat yang biasa aku duduk.Tempat itu masih kosong. Aku menuju ke arah itu. Langkah aku berhenti apabila berada di hadapan tempat tersebut. Aku memandang ke arah penumpang yang berada di tepinya.

Why he looks really bright this morning ? The sunlight in front of him is shining towards him. His sleeping face makes my heartbeat so fast. What can I do towards my feelings to him ? Can it reaches him ?

Aku duduk di tepinya.Aku memandang ke arah Nao yang sedang tidur. Dia sentiasa membawa headphone bersamanya. Sesekali kepala Nao ke kiri dan ke kanan akibat dia tidur dan train yang laju bergerak. Kepalanya tiba-tiba berada di atas bahu aku. Aku hanya membiarkannya. Dalam masa yang sama, muka aku telah merah. Aku hanya memandang ke arah lain untuk menutup rasa malu ini. Nao kembali duduk seperti asal. Hati aku berasa lega. Perasaan malu tadi hilang.

Pandangan aku beralih kepada Nao yang berada di tepi aku. Kepala Nao juga turut memandang ke arah aku.Dia tidur dengan nyenyaknya. Bibir aku mengukir senyuman. Ingin sekali aku melihatnya begini setiap hari. Banggg ! Train ini bergegar akibat terlanggar sesuatu mungkin sebiji batu. Tidak aku pedulikan semua itu.

Akibat dari train yang bergegar tadi, jantung aku berdegup sepantas yang mungkin. Bibir aku bersentuhan lembut dengan bibir Nao yang masih lagi tidur. Ingin sekali aku menolaknya tapi entah kenapa aku berasa seperti semua anggota badan aku tidak berfungsi. Hanya mata aku sahaja yang tidak tertutup sebaliknya dibulatkan. Otak aku juga tidak boleh berfikir apa tindakan seterusnya. Aku hanya membiarkannya.Telapak tangan aku telah pun berpeluh. Hanya aku sahaja yang tahu betapa berdebarnya aku sekarang ini.

Kedua-dua mata Nao perlahan-lahan terbuka. Setelah dia sedar apa yang terjadi, dia kembali duduk seperti biasa. Nao melihat ke arah lain. Kepala aku ditundukkan akibat malu. Kami berdua membisu untuk seketika.

“Yuka, I’m sorry.” Kata Nao tapi dia tidak melihat ke arah aku. Dia menggaru kepalanya.

Aku masih lagi tidak bersuara. Bukan merajuk tetapi aku tidak sanggup melihat mukanya.

“I’m really sorry about that. I don’t know that kind of incident will happen. Let’s forget about it. Okay ?” Tambah Nao lagi.

“Okay.” Aku melihat ke arahnya. Bibir aku mengukir senyuman. Apabila teringat kembali kejadian tadi, ingin sekali aku ketawa. Hanya disebabkan dia terlalu asyik tidur.

“I’m just being troublesome to you.”

“Tak ada lah.” Kepala aku digelenggeng-gelengkan tanda tidak setuju apa yang dikatakan Nao.

“How cute you.” Nao ketawa. Kepala aku diusap lembut oleh Nao. 

Can time stop now ? Even just for a second, I want to stay like this with Nao. He always makes me like him more and more.

* * * * * *

7 JUNE 2017

Everyday in the train, we always sit together. Every minute and second, it really precious to me because I can be with you.

Aku menumpukan perhatian terhadap skrin handphone aku. Seperti kebiasaannya, aku akan duduk di tempat yang sama di dalam train ini. Lama aku menunggu tetapi train ini tidak lagi sampai ke perhentian aku. Ingin sekali aku pulang ke rumah secepat yang mungkin.

Setelah lama aku melihat skrin handphone, aku menyentuh icon kamera yang terdapat dalam handphone. Bukan aku ingin mengambil gambar tetapi saja membuang masa aku yang bosan ini dengan melihat persekitaran train ini melalui kamera. Train ini berhenti di suatu stesen untuk mengambil penumpang lain.

Aku mengarahkan handphone itu pada pintu masuk train. Ramai orang berpusu-pusu masuk. Tetapi kelibat seorang pelajar lelaki ini menarik perhatian aku. Aku hanya melihatnya melalui kamera. Dengan tidak sengajanya, aku menyentuh butang untuk mengambil gambar. Setelah itu, gambar itu aku lihat. Hanya bahagian tepi lelaki itu sahaja boleh dilihat. Headphonenya sentiasa ada bersamanya. Aku tersenyum sendirian.

Handphone itu segera berada dalam genggaman tangan kiri aku lalu disorok di belakang aku setelah lelaki yang ada dalam gambar itu duduk di tepi aku. Dia tersenyum kepada aku.

“Hi, Yuka !” Dia terlebih dahulu menyapa aku.

“Good evening, Nao. Since when you take the same train with me when you go home ?” Tanya aku sambil melihat ke arahnya.

“Sejak hari ini. Ada apa-apa ke dengan handphone awak tu ?”

“Tak ada apa-apa lah.” Kata aku seperti tiada apa-apa yang berlaku.

“Okay.” Katanya.

Aku menahan ketawa mendengar kata-kata Nao dan juga riak mukanya. Tanpa aku sedari, handphone aku berada dalam genggamannya. Aku terpinga-pinga melihat tangan kiri aku yang kosong tanpa handphone aku. Pandangan aku beralih ke arah Nao.

“Jadi, awak tangkap gambar saya secara senyap-senyap ?” Nao menunjukkan gambar itu kepada aku. Dia juga turut tersenyum sinis.

“No, I don’t.” Kata aku. Malu setelah dia mengetahui tentang gambar itu.

“Don’t delete this picture. I look great.” Nao ketawa kecil. Bibir aku hanya mengukir senyuman.

Jari Nao pantas menaip sesuatu dalam handphone aku. Ingin sekali aku tahu apa yang ditaipnya itu. Aku mendekati dirinya. Tidak sempat aku melihatnya. Dia menunjukkan aku sesuatu yang ada dalam handphone aku.

“If you need to talk to me, just call or sms anytime.” Katanya, menunjukkan nombor handphonenya.

Aku hanya mengangguk kepala. Dia memberi balik handphone itu kepada aku. Untuk seketika, kami tidak bercakap. Masing-masing tidak tahu apa yang ingin dibualkan.

“Can I ask you something ?” Kami berdua serentak bertanya.

“You go first.” Kata Nao .

“Do you dye your hair ?” Tanya aku. Nao mengangguk.

“Tak melanggar peraturan sekolah ke ?” Tambah aku lagi.

“It’s okay. My school’s rules allow that” Katanya. Dia tersenyum. Entah kenapa senyumannya kali ini sangat mendebarkan aku.

“Do you have any special friend ?” Tanya Nao. Dia melihat dalam ke anak mata aku.

“Yes, I have many special friend like Yumi and Kanna.”

“No. What I mean, do you have boyfriend ?” Tambah Nao lagi. Dia menutup dahinya dengan menggunakan tangan kanannya sambil melihat ke arah aku. Pertanyaannya mengejutkan aku.

“I don’t have.” Kata aku perlahan cukup didengari oleh kami.

“Great.” Kata Nao. Dia tersenyum.

Aku memandang ke arah lain. Tidak tahu apa yang dimaksudkan oleh Nao di sebalik pertanyaannya itu. Tetapi entah kenapa aku berasa gembira. Kami sekali lagi mebisu. Sesekali aku melihat ke arah Nao dan kembali melihat ke arah lain. Headphone yang sentiasa berada di lehernya itu dipakainya. Sungguh asyik dia mendengar lagu.

Tiba-tiba, pandangan aku melekat ke arah Nao. Lama aku melihatnya seperti ada sesuatu yang aku ingin katakan tetapi tidak pula keluar dari mulut aku ini. Nao memandang ke arah aku. Bibirnya mengukir senyuman. Headphone yang berada bersamanya itu, dipakai kepada aku.

“That song is just like you, Hayashi Yuka.”

His smile always bright. I hope I can see that smile everyday. The song that is playing now is not like me but is like you, Kimura Nao.

* * * * * * *

11 JUNE 2017

We get to know each other everyday. Every time you talk to me about yourself, I’m glad that I’m the one who know most everything about you. Today, can this feeling reach you ?

Tangan aku memegang tiang yang berada bersebelahan dengan pintu train. Akibat ramai orang yang menaiki train hari ini, aku terpaksa berdiri. Tapi mata aku meliar mencari lelaki yang sentiasa bersama dengan aku ketika berada dalam train. Sesekali aku memanggil namanya ketika ternampak kelibatnya tapi aku tersalah orang.

Entah kenapa aku ingin sekali berjumpanya sekarang. Earphone yang dikeluarkan dari beg aku diletakkan di kedua-dua belah telinga. Jari aku menekan butang play pada skrin handphone lantas lagu dimainkan. Pandangan aku dilemparkan di luar tingkap train. Cahaya matahari menyinar masuk ke dalam train melalui tingkap. Sungguh cantik sekali. Aku menyanyi-nyanyi riang di dalam hati. Bahu aku disentuh lantas aku melihat ke arah belakang.  Aku tersenyum.

“Yuka, good evening !” Katanya. Mukanya kelihatan oren akibat cahaya matahari yang menyinarnya.

“Nao.” Kata aku.

Dia juga turut memegang tiang yang sama dengan aku. Pandangan aku kembali melihat pada luar tingkap. Earphone sebelah kanan aku tiba-tiba ditanggalkan. Aku melihat ke arah Nao. Dia membuat muka selamba dan meletakkan earphone sebelah kanan yang diambil daripada aku untuk diletakkan pada telinganya itu. Pandangan aku beralih ke arah lain. Muka aku merah. Tidak sangka dia ingin berkongsi earphone dengan aku.

“So, you hear this song ? I like it.” Katanya.

“Yeah.” Kata aku yang tidak melihat ke arahnya.

When you say “I like it”, you make my heartbeat really fast than usual. Can you tell me that you like me ? Just once. That has been enough for me because I really like you, Kimura Nao.

“Yuka, why you moved Tokyo that day without telling me ?” Suara Nao yang kedengaran dari belakang aku perlahan. Pertanyaan itu mengejutkan aku. Aku terdiam untuk seketika.

“I’m sorry that I didn’t tell you about it. It was because you were busy at that time.” Kata aku perlahan.

Tanpa aku sedari, mata aku mula bergenang dengan air mata. Semua yang terjadi hari itu mula imbas kembali dalam fikiran aku. Semuanya berlaku sekelip mata sehinggalah aku jumpa dengan Nao kembali. Aku mengesat air mata yang mengalir dengan belakang tapak tangan. Tidak mahu Nao melihat aku begini. Aku berpaling ke belakang menghadapnya. Kini, earphone sebelah kanan yang dipinjam Nao diletakkan kembali pada telinga aku. Mukanya aku tatap. Wajahnya hampa. Tidak segembira seperti kebiasaannya.

Pintu train dibuka. Nao keluar tanpa menghiraukan aku yang masih lagi tidak mampu berkata apa-apa sejak tadi. Entah kenapa aku turut mengikuti Nao dari belakang walaupun ini bukan destinasi yang ingin aku pergi. Air mata aku mula mengalir sekali lagi. Tidak boleh aku tahan lagi tangisan aku. Aku ingin mengatakan sesuatu kepadanya. Tidak sanggup lagi aku menahan.

Aku keluar dari pintu train. Nao telah pun berjalan meninggalkan aku. Aku berlari mengejarnya. Lantas aku memeluknya dari belakang setelah sampai kepada Nao. Dia menghentikan langkahnya.

“I have something to tell you, Nao.” Aku bersuara. Nao hanya terdiam tanpa berkata apa-apa.

“Since we first met until now, I’m always thought about you.”

“I really don’t know what is this. But then, I realised something.”

“I know that time I like you, Kimura Nao.”

Aku menangis teresak-esak lalu melepaskan pelukan itu. Aku berdiri seperti biasa. Kepala aku ditundukkan. Tidak aku sanggup berhadapan dengannya. Hanya air mata yang mengalir laju ke pipi. Semuanya telah aku luahkan.

Sometimes I don’t know what the right thing I must do to make you realise that I like you. But now I know that the only thing that I must do is confess to you about everthing.

“Hey, you know something that I really like about you, Yuka ?” Kata Nao perlahan. Kini, dia menghadap ke arah aku dan tidak lagi membelakangi aku.

Aku terdiam. Masih lagi menundukkan kepala aku.

“Your honesty.” Katanya.

Kepala aku diangkat. Senyuman Nao terukir pada bibirnya. Entah kenapa aku berasa gembira. Nao mengesat air mata aku.

“Yuka, I also like you.”

Tanpa aku sedari, aku berada dalam pelukan Nao. Tidak aku pedulikan mata-mata sekeliling yang melihat kami. Semuanya telah aku luahkan kepadanya.

“Stop crying you little girl.” Nao bersuara lantas ketawa kecil.

“Yeah, I will.” Kata aku sambil tersenyum.

* * * * * *

14 JUNE 2017

Is this a reality or just my imagination ? Can’t I believe in this ? All the things that happened to us is just like a dream to me.

“Wait for me at this train station at 8.00 p.m tonight.” Kata Nao dengan tiba-tiba. Terselit senyuman di bibirnya.

Aku masih terkejut dengan kata-katanya itu. Dia telah pun keluar dari train ini untuk pulang ke rumahnya. Mulut aku ternganga kecil. Otak aku mula ligat berfikir apa yang dimaksudkan oleh Nao. Kedua-dua belah tapak tangan aku menutup mulut lalu aku menyentuh pipi aku. Pipi aku mula merona merona merah. Aku masih lagi berdiri di hadpan pintu train sambil memegang tiang.

“He wants to meet me tonight ?” Kata hati kecil aku.

Aku segera mencari tempat duduk setelah train ini mula bergerak kembali. Kata-kata Nao masih lagi terngiang-ngiang di telinga aku. Bibir aku mengukir senyuman. Tidak aku pedulikan orang sekeliling yang melihat aku tersenyum sendirian. Lantas aku ketawa kecil. Tidak aku sangka yang Nao mengajak aku pergi ke satu tempat pada malam ini.

Handphone yang berada di dalam poket aku berbunyi menandakan satu pesanan ringkas dihantar kepada aku. Tangan aku lantas mencapainya. Pandangan aku ditumpukan sepenuhnya pada skrin handphone. Mata aku dibulatkan apabila melihat mesej itu.

“Don’t forget about tonight, little girl. – Kimura Nao”

* * * * * *

Jam tangan menunjukkan pukul  7.55 malam. Aku duduk di atas bangku di stesen train yang dimaksudkan oleh Nao. Air mineral sesekali diminum untuk menghilangkan dahaga. Aku memandang sekeliling mencari Nao. Tidak kelihatan lagi kelibatnya itu.

“Do I come to early ?” Kata hati kecil aku. Aku mula tersenyum sendirian. Gembira kerana dapat berjumpa dengan Nao.

Sesekali aku berdiri untuk melihat keseluruh pakaian yang aku pakai. Baju t-shirt berkolar yang berwarna putih dan seluar pendek berwarna biru menjadi pilihan aku. Aku memakai sneakers hitam dan mengikat rambut aku dalam bentuk bun.

“Do I look okay with this oufit ?” Tanya hati kecil aku lagi.

Tapak tangan mula berpeluh. Pelbagai pertanyaan yang bermain dalam fikiran aku. Setiap kali aku terfikir tentang Nao, jantung aku mula berdegup dengan laju. Pipi aku akan mula merona merah.

I’m always wanted to be the most beautiful girl in front of you.

Tanpa aku sedari, pandangan aku gelap seketika. Aku dapat merasakan bahawa ada seseorang di belakang aku. Kedua-dua tapak tangannya menutup mata aku dari belakang. Bibir aku mengukir senyuman.

“What are you doing, Nao ?” Kata aku sambil ketawa kecil. Kedua-dua belah tapak tangannya diturunkan. Dengan itu, aku dapat melihat semula. Lantas aku melihat ke arahnya.

“I just want to tease with my girlfriend.” Terselit senyuman pada akhir kata-katanya sehingga menampakkan gigi putihnya itu.

“Ermm….Okay.” Kata aku perlahan lalu melihat ke arah lain. Malu dengan kata-kata Nao itu.

“You should look at me. Not at that people.” Kata Nao.

Kedua-dua belah tapak tangannya menyentuh pipi aku lantas menggerakkan kepala aku ke arahnya. Pipi aku merona merah. Terasa panas pada muka aku. Mata aku melihat ke bawah. Malu melihatnya.

“Let’s go.” Kata Nao lalu menurunkan tangannya. Dia berjalan meninggalkan aku.

Aku berjalan mengikuti langkahnya. Pandangan  aku tertumpu ke arah Nao. Hanya belakangnya dapat dilihat. Baru aku sedar bahawa Nao membawa plastik hitam bersamanya. Dia memakai sleeveless shirt berwarna oren dan seluar pendek hitam serta beanie berwarna biru gelap yang dipakaikan di atas kepalanya. Seperti kebiasaannya, headphone sentiasa berada di lehernya. Senyuman mula terukir pada bibir aku.

“Nao ! Wait for me.” Kata aku yang semakin jauh dengannya.

“Saya minta maaf sebab tadi.” Aku bersuara kepada Nao setelah berada di tepinya.

“No. It’s okay. I’m just think you are so cute that time.” Katanya lantas melihat aku di tepinya.

Kepala aku mengangguk perlahan. Mata aku memandang ke arah lain. Malu dengan katanya itu. Kami diam seketika. Walaupun aku tidak tahu ke mana destinasi yang dituju, tidak pula aku ingin menanya Nao.

* * * * * *

“We are here !” Laung Nao setelah sampai ke destinasi.

Aku memerhati keadaan sekeliling. Bunyi air laut menenangkan lagi jiwa aku. Angin yang meniup menyejukkan lagi kawasan ini. Hanya terdapat beberapa orang yang berada di sini. Pantai. Kali terakhir aku pergi pantai adalah pada tahun lepas bersama-sama dengan kawan aku. Tapi kali ini lain, Nao yang mengajak aku. Aku tersenyum sendirian.

“Come here, Yuka !” Laung Nao lagi yang kini berada jauh dari aku.

Aku berlari ke arah Nao yang telah pun mengeluarkan sesuatu dari plastik hitam tersebut.

“Why don’t you tell me that you bring fireworks with you ?” Tanya aku setelah berada di tepinya.

“It’s a surprise for you.” Jawab Nao lantas memberikan aku sebatang bunga api.

“Let’s play !” Tambahnya lagi.

Aku menunggu Nao mengeluarkan mancis dari plastik itu. Aku hanya melihat semua gerak-gerinya. Sesekali aku tersenyum. Api dari mancis itu menyalakan bunga api yang aku pegang. Nao turut menyalakan bunga apinya. Kami sama-sama bermain bunga api.

The fireworks are really beautiful when they light up. I don’t know why but playing the fireworks with you make them more beautiful and bright.

“It’s beautiful right ?” Tanya Nao setelah lama berdiam diri.

“Yeah.” Jawab aku. Pandangan aku hanya melekat pada bunga api tersebut.

Click ! Mata aku dibulatkan setelah terdengar bunyi click lalu aku melihat ke arah Nao yang sedang mengambil gambar. Dia ketawa kecil sambil melihat gambar yang telah ditangkap. Aku menghampirinya.

“Don’t take my picture when I’m not ready.” Kata aku yang turut ketawa melihat gambar aku yang pelik di handphone Nao.

Entah kenapa aku merasakan gambar itu kelakar sehingga aku tidak berhenti ketawa. Nao hanya ketawa kecil melihat aku. Bunga api yang aku pegang telah pun habis menyala. Begitu juga dengan bunga api Nao.

Click !

Sekali lagi Nao mengambil gambar ketika aku  ketawa sehingga menampakkan gigi putih aku. Tapi aku tidak pula ingin melihat gambar itu kerana ada sesuatu yang lebih menarik perhatian aku iaitu senyuman yang terukir pada bibir Nao.

“What are you looking at, Nao ?” Tanya aku lantas menghampiri Nao yang semakin jauh dari aku.

“Nothing.” Katanya sepatah lalu melihat aku dengan senyuman yang sama.

“Then, why are you smiling ?” Tanya aku yang masih tidak berpuas hati dengan jawapannya itu.

“It’s because you look beautiful tonight.” Katanya selamba sambil mengambil bunga api yang lain untuk dinyalakan.

Aku terdiam. Malu dengan kata-kata Nao. Tangan aku lantas mencapai sebatang bunga api dari Nao lalu dia menyalakannya. Beberapa minit kemudian, kami bermain bunga api bersama-sama. Gelak ketawa mengisi seluruh pantai. Hanya terdapat perasaan gembira antara kami berdua. Semua masalah yang dihadapi hilang begitu sahaja.

The moment we spend together, it’s really precious. I will treasure it the whole life.

* * * * * *

Akhirnya, kami selesai bermain bunga api. Semua bunga api yang telah dimainkan dimasukkan ke dalam beg hitam kembali. Kami berdua melabuhkan punggung di atas pasir menghadap ke arah laut. Aku mendongak ke langit. Bintang-bintang yang bercahaya cantik menerangi alam ini. Semuanya gelap memandangkan aku pergi ke sini pada waktu malam.

“Let’s take picture together.” Kata Nao lantas aku segera berpaling ke arahnya.

“Yeah.” Jawab aku.

Aku menghampirinya. Pipi aku merona merah. Tidak pernah aku serapat begini dengan Nao. Nao sebaliknya hanya membuat muka selamba.

“Come closer.” Katanya perlahan. Aku hanya mengangguk lalu mendekati dirinya.

Mata aku hanya tertumpu terhadap kamera tersebut. Tiada apa lagi yang bermain dalam fikiran aku selain Nao yang semakin mendekati aku.

“Smile !” Kata Nao.

Click ! Tanpa aku sedari, pipi kanan aku disentuh lembut oleh bibir Nao. Gambar telah pun ditangkap. Ketika itu aku memberikan senyuman yang secantik mungkin tapi tidak aku tahu ini semua akan berlaku. Nao telah pun kembali kepada posisi asal.

Mata aku dibulatkan. Terkejut dengan semua yang berlaku. Jantung aku berdegup sepantas yang mungkin. Aku melihat Nao yang berada di tepi aku. Dia hanya memandang ke hadapan dan terselit senyuman pada bibirnya.

“What ? You want more kiss from me ?” Tanya Nao yang tiba-tiba melihat tepat ke arah aku.

“No !” Kata aku kuat. Aku menundukkan kepala. Malu dengan pertanyaannya.

Nao ketawa kecil melihat aku. Wajahnya menghampiri aku. Aku mula rasa hangat disebabkan pipi aku yang kian lama semakin merona merah. Kini wajahnya betul-betul berada dekat dengan aku. Bibir Nao menghampiri bibir aku. Aku bangun dan terus melarikan diri daripadanya. Malu. Itu sahaja yang boleh aku katakan sekarang.

* * * * * *

Langkahan aku berhenti. Penat aku berlari meninggalkan Nao yang jauh berada di belakang. Aku menutup muka aku dengan kedua-dua belah tapak tangan. Malu dengan tindakan aku sendiri.

“What should I do right now ?” Kata aku sendirian. Kedua-dua belah tangan diturunkan.

“You don’t have to do anything,Yuka.” Kedengaran suara Nao yang berada di belakang.

Badan aku didakap dari belakang oleh Nao. Terkejut dengan tindakannya itu tapi aku hanya membiarkan sahaja. Aku menundukkan kepala. Masih malu untuk berhadapan dengannya. Jantung aku berdegup pantas. Tapak tangan aku mula berpeluh.

“I’m sorry, Yuka.” Katanya perlahan.

Dia melepaskan pelukan itu. Aku memberanikan diri untuk berhadapan dengannya. Mata aku menatap wajah kacaknya itu.

“No. It’s not your fault. The truth is I’m shy.” Kata aku. Kepala aku segera ditundukkan.

Nao ketawa kecil mendengar kata-kata aku. Kepala yang ditundukkan tadi diangkat. Aku segera melihat ke arah Nao. Dia masih lagi ketawa. Entah kenapa dengan melihatnya ketawa, aku turut gelak bersamanya. Kami sama-sama ketawa memecahkan kesunyian di pantai ini. Bunyi ombak di laut dirasakan turut ketawa bersama kami.

“Let’s go home.” Kata Nao sambil tersenyum.

Aku mengganguk. Nao menghulurkan tangan kepada aku. Dengan segera, aku mencapainya.

We smile, we laugh, we hold hands together. At that moment, I feel that I am the most happiest girl. Thank you, Kimura Nao.

* * * * * *

20 JUNE 2017

Aku berlari sepantas yang mungkin. Hanya tinggal 5 minit lagi sebelum train bergerak menuju ke destinasi aku. Aku tidur dengan nyenyak sekali sehingga terlewat bangun untuk ke sekolah. Langkahan aku semakin perlahan setelah aku menghampiri train itu. Aku tersenyum setelah melihat pintu train itu belum ditutup. Aku segera menuju ke arah train lalu masuk ke dalamnya.

Mata aku meliar mencari tempat duduk di dalam train ini. Tempat yang biasa aku duduk telah pun diambil oleh orang lain. Pandangan aku melekat terhadap seorang lelaki yang duduk di hujung pintu train itu. Bibir aku mengukir senyuman. Tidak aku sangka dia telah pun berada dalam train ini sebelum aku. Aku menuju ke arahnya.

Lelaki itu sibuk menaip sesuatu pada handphonenya. Aku hanya berdiri melihatnya itu. Tapi hari ini, ada kelainan terhadapnya. Rambutnya hitam. Lantas aku memberanikan diri untuk bersuara.

“Good morning, Nao !” Kata aku dengan gembira. Lelaki itu lantas melihat ke arah aku yang berada di hadapannya.

“Morning.” Jawabnya dengan teragak-agak.

Dahi aku dikerutkan. Nao tidak seperti selalu. Aku tidak menghiraukan apa yang sedang aku fikirkan. Mungkin aku sahaja yang perasan. Aku duduk di tepinya lantas melihat Nao. Dia masih sibuk dengan handphonenya itu.

“What are you doing ?” Kata aku. Terselit senyuman pada akhir kata-kata aku.

“I’m just texting with my brother.” Nao melihat aku tapi pandangan dia agak berbeza.

“Before that, may I ask who are you ?” Tambahnya.

Aku terkejut dengan pertanyaannya. Mata aku dibulatkan. Aku melihat tepat ke arahnya. Apa yang sedang berlaku ? Persoalan itu berlegar-legar dalam fikiran aku. Nao tidak mengenali aku. Dahi aku dikerutkan. Entah kenapa jantung aku berdegup pantas. Ada sesuatu yang mendebarkan.

“I….” Belum sempat aku berkata apa-apa, pintu train dibuka.

Seorang lelaki berambut blonde, memakai headphone di lehernya masuk ke dalam train itu. Mukanya hampir sama dengan lelaki yang berada di sebelah aku.

“Kou, you’re late.” Kata lelaki di tepi aku sambil melihat ke arah lelaki berambut blonde yang berada di hadapan kami berdua.

Pandangan aku turut beralih ke arah lelaki itu. Tanpa aku sedari, air mata aku mula mengalir jatuh ke pipi. Walaupun aku tidak tahu apa yang sedang berlaku, hati aku sakit. Belakang tangan mengesat kasar air mata yang jatuh. Aku merasakan bahawa semua yang berlaku antara kami hanya penipuan. Aku hanya ingin melarikan diri dari situasi ini. Aku lantas bangun dari tempat duduk menuju ke arah pintu train yang masih belum ditutup.

“Yuka !” Kedengaran nama aku dipanggil dengan kuat dari belakang tapi aku hanya menghiraukannya.

Aku sempat keluar dari train itu. Setelah aku keluar, pintu itu ditutup. Air mata aku masih lagi mengalir deras jatuh ke pipi. Hati aku hancur. Semua perasaan aku bercampur-aduk. Firkiran aku mengimbas kembali semua yang berlaku. Kadang-kadang terlintas muka Nao tapi aku masih lagi keliru. Aku melihat ke belakang. Nampaknya lelaki yang berambut blonde itu tidak sempat mengejar aku.

Kaki aku membuka langkah perlahan. Tidak aku tahu ke mana hendak aku pergi pada saat ini. Aku hanya berjalan menuju ke arah bangku yang berdekatan. Aku lantas duduk di atas bangku itu. Melihat orang yang lalu-lalang di sini membingitkan lagi suasana. Setiap orang sibuk dengan kerja masing-masing.

Tiba-tiba, aku berasa diri aku panas. Kepala aku pening. Untuk masa sekarang, aku hanya ingin pulang ke rumah.

* * * * * *

Mata aku dibuka perlahan. Kelihatan syiling bilik yang berwarna putih. Aku menggosok kedua-dua belah mata aku. Aku cuba bangun dari posisi baring tapi aku tak mampu. Kepala aku pening. Mata aku meliar melihat persekitaran bilik ini. Tidak aku pernah masuk ke dalam bilik ini. Semuanya kemas tersusun dalam bilik ini.

Fikiran aku kembali mengingati apa terjadi pagi tadi. Semuanya berlaku dengan pantas. Kali terakhir aku berada di stesen train dan duduk di atas bangku. Kepala aku memandang ke tepi. Terdapat satu meja di tepi katil ini. Di situ, terdapat satu bingkai gambar yang berwarna putih. Aku meneliti gambar tersebut. Aku dan Nao atau lebih tepat, lelaki yang berambut blonde terdapat dalam gambar tersebut. Bibir aku mengukir senyuman. Kadang-kadang aku rasa gembira tetapi dalam masa yang sama, hati aku sakit.

Bunyi pintu bilik ini kedengaran. Nampaknya ada orang yang masuk ke dalamnya. Mata aku segera ditutup kembali seperti aku masih lagi tidur. Bunyi tapak kaki kedengaran dan semakin hampir dengan aku. Aku dapat merasakan bahawa dia berada di sisi aku sekarang.

“Eventhough you are still sleeping, I want you to know something, Yuka.” Lelaki itu mula bersuara.

“I’m Kimura Kou. We are in the same class last year. ”

 “Do you still remember me ?”

“Yeah, of course you don’t remember me because you like my brother.”

 “Everyday, my brother always tells a story about you. He says that you’re like younger sister to him.”

“One day, you looked so happy and I knew that you would confess to Nao. At that time, Nao already had a girlfriend. You looked so sad and it hurt me.”

“Because I had always like you, Hayashi Yuka.”

“I’m sorry, I lie to you this whole time.”

Mata aku dibuka. Aku bangun dari posisi baring lantas memeluk lelaki itu yang menundukkan kepalanya. Air mata aku mula mengalir jatuh. Walaupun hati aku hancur tapi aku tahu kebenaran yang sebenarnya.

“You’re idiot, Kou.”

“I don’t like Nao. I like someone else.”

“He’s mischievous, likes to make me laugh, has blonde hair, always has headphone with him and the most important, he’s always makes my heart skips a beat.”

“I like you, Kou.”

Pelukan itu dilepaskan. Tangisan aku tidak henti-henti dari tadi. Kepala aku ditundukkan. Aku masih lagi duduk di atas katil tersebut. Kou bangun dari posisi duduknya di sisi aku lantas menuju ke tingkap yang berada di hadapan katil. Tangannya terus mencapai langsir tersebut dan menariknya ke tepi.

Pandangan aku beralih ke arah tingkap tersebut. Pemandangan bunga api yang bersinar di atas langit malam itu sungguh cantik. Semuanya bercahaya di samping bintang-bintang yang menyinari malam itu. Tanpa aku sedari, Kou telah pun duduk di tepi aku di atas katil.

“Thank you, Yuka.” Katanya.

Aku melihat ke arahnya. Kami berdua saling berpandangan antara satu sama lain. Air mata aku masih lagi bersisa tapi aku hanya membiarkannya.

“Tonight is the summer festival, I really want to go with you but it’s okay. Just watching the fireworks with you, makes me happy.” Kata Kou sambil melihat ke arah bunga api tersebut.

Bibir aku menyentuh lembut pipi kanan Kou. Beberapa saat kemudian, aku melepaskannya. Terselit senyuman pada bibir aku.

“You’re brave enough to do that.” Kata Kou tiba-tiba yang  melihat ke arah aku dengan senyuman sinisnya.

Kepala aku ditundukkan. Malu dengan apa yang aku lakukan tadi. Tiba-tiba, wajah Kou menghampiri aku. Muka aku mula merah padam.

“The fireworks are so beautiful.” Kata Kou yang tiba-tiba beralih pandangan ke arah bunga api tersebut.

Kepala aku diangkat kembali lantas melihat Kou. Dia ketawa kecil melihat aku. Aku hanya tersenyum degan kenakalannya itu.

Start from now I don’t like Kimura Nao because there is someone who has captured my heart without I realise it. He is Kimura Kou. The moment we spend together I will treasure it.That’s my promise.


* * * * * *

-THE END-
-THANK YOU FOR READING-

Ni first time, saya buat fanfic oneshot yang panjang.
Harap korang enjoy. Comment please ?











2 comments