*Fanfiction* <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3229863562427244893\x26blogName\x3d%2B+Fanfiction+%2B\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://little-ff.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://little-ff.blogspot.com/\x26vt\x3d-8414021246162831683', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
OFFICIAL BLOG LIST OF FANFICTIONS +FOLLOW

ONE SHOT - OUR PROMISE



CHARACTERS




FLASHBACK 8 TAHUN LALU

Richan POV

“Saya janji dekat awak yang saya akan datang balik.” Kata Jun Hong kepada aku. “Betul ke ni ? Awak mesti janji dengan saya tau.” Balas aku. Tanpa aku sedari, air mataku mula mengalir lalu jatuh ke pipiku. “Betul ni. Awak jangan nangis masa saya tiada nanti.” Kata Jun hong sambil mengesat air mataku.

Kenapa dia mesti pindah ke tempat lain ? Aku nak berada di sisinya untuk selama-lamanya. “Selamat tinggal, Richan..” Kata Jun Hong lalu masuk ke dalam kereta. Dia segera membuka tingkap kereta dan melemparkan senyuman manis kepada aku. Aku hanya membalas senyumannya walaupun air mataku tidak berhenti mengalir.

===============================================

SEKARANG

Richan POV

Aku merenung jauh ke luar tingkap dan mengingati semula peristiwa itu. Aku yakin yang Jun Hong akan datang ke sini semula. Aku tidak menghiraukan kawan aku yang tengah berbual dengan rakannya yang lain.

“Richan! Ada orang nak jumpa dengan awak.” Kata Suzy kepada aku. Aku segera tersedar dari lamunan aku tadi. Aku segera bangun dari tempat duduk lalu bertanya “Siapa ?” “Tak silap saya, Himchan agaknya.” Suzy membalas pertanyaan aku. Aku segera keluar dari kelas aku.

Himchan sudah pun berada di depan pintu kelas aku. “Kenapa ni ?” Aku bertanya sebaik sahaja nampak muka Himchan. “Sebenarnya, dari dulu lagi saya nak cakap pasal ni.” Balasnya sambil tersenyum manis. “Ok.” Balas aku. Himchan memegang kedua-dua tangan aku. Kenapa pula dengan dia ni ? “Saya suka awak.” Tanpa aku sangka, perkataan itu keluar dari mulut Himchan. Aku mula mengerutkan dahi aku. Aku melepaskan tangannya.

“Saya minta maaf, Himchan tapi saya suka orang lain.” Kata aku dengan nada sedikit perlahan. Aku tahu yang Himchan akan kecewa tentang hal ini. “Tapi siapa ? Kenapa awak tak pernah beritahu saya ?” Balasnya. “Saya tak boleh bagitahu awak. Sekali lagi, saya minta maaf.” Kata aku lalu meninggalkan Himchan keseorangan.

===============================================

PULANG DARI SEKOLAH

Richan POV

Aku berjalan balik ke rumah. Aku masih memikirkan lagi pasal Himchan. Aku rasa bersalah pula. “Meow..meow..” Kedengaran bunyi anak kucing, mengejutkan aku. Aku memandang ke arah sekeliling tapi kelibat anak kucing itu tidak kelihatan. Aku dapat rasa ada sesuatu yang berbulu di kaki aku.

“Itu pun awak.” Aku mengangkat anak kucing yang berwarna putih itu lalu menuju ke taman berhampiran.
Aku duduk di atas rumput dan meletakkan anak kucing itu di tepi aku. Aku mengambil roti yang berlebihan yang aku makan ketika rehat di sekolah tadi. Anak kucing itu makan dengan gelojohnya. Anak kucing itu sangat comel. Kalau lah, aku boleh bawa pulang ke rumah.

“Comelnya dia.” Aku melihat ke atas. Aku ternampak seorang pelajar lelaki yang memakai baju Seoul Arts High School berdiri di depan aku. Dia melihat ke arah anak kucing itu.

“Hai, saya Zelo.” Kata pelajar lelaki itu lalu duduk di tepi anak kucing itu. Aku hanya tersenyum kepadanya dan membalas “Saya Park Chaerin tapi panggil saya Richan.” Aku ada perasan yang wajah Zelo mirip dengan Jun Hong. Tapi tak mungkin lah Jun Hong.

Zelo POV

“Oh, Chaerin. Tiap-tiap hari, saya akan pergi tengok kucing ni.” Kata aku. Dia memang Richan. Dia tak sedar ke yang aku ni Jun Hong. Nanti, mesti dia akan sedar.

“Bukan Chaerin tapi Richan lah.” Kata Richan. Kenapa dia mesti guna nama tu ? “Tak. Saya akan panggil awak, Chaerin.” Aku berkata sambil mengusap anak kucing itu yang menghampiri aku. “Tak boleh. Nama Richan tu, special tau. Ada orang bagi dekat saya.” Balasnya. Perangainya tak pernah ubah.

Richan POV

Kenapa dengan lelaki ni. Selama ni, tak ada orang yang membantah nama aku pun. Nama Richan tu, Jun Hong yang bagi dekat aku. “Ikut suka awak lah, nak panggil saya Chaerin pun.” Aku mengalah. Nampaknya, dah nak petang. Aku mesti balik ke rumah secepat mungkin. Aku terus berdiri dan mengatur langkah aku tanpa mengucapkan selamat tinggal kepada Zelo dan anak kucing itu.

“Chaerin ! Awak nak pergi mana tu ?” Tanya Zelo. Aku menoleh ke belakang dan berkata “Nak balik.” “Ok. Tapi awak mesti janji tau yang awak akan terus tengok kucing ni dengan saya.” Katanya sambil tersenyum manis. Aku hanya mendiamkan diri lalu berjalan ke hadapan.

===============================================

KEESOKANNYA, PULANG DARI SEKOLAH

Richan POV

Zelo betul betul maksudkannya ke ? Aku berjalan dengan pantas ke taman yang biasanya, anak kucing itu berada.

Kelihatan Zelo dan anak kucing itu sudah berada di sana. Aku terus duduk di atas rumput  di tepi Zelo. “Chaerin ! Awak dah sampai. Anak kucing ni tengah tunggu awak. Dia dah bosan main dengan saya.” Kata Zelo. Aku segera mengambil anak kucing itu dan membelainya. “Jadi, apa nama anak kucing ni ?” Tanya aku.

“Saya pun tak tahu. Awak lah yang bagi nama anak kucing tu.” Balasnya kepada aku. Aku memikirkan nama yang sesuai untuk anak kucing itu sambil melihat ke arahnya. “Kalau nama dia, Jun. Boleh tak ?” Tanya aku. “Jun ? Kenapa pula ?” Tanya Zelo. “Tak tahu lah tapi disebabkan anak kucing ni jantan. Lebih baik, kita bagi dia nama Jun kan ?” Balas aku dengan secepat mungkin. Sebenarnya, aku teringat dekat Jun Hong yang  dia suka dengan kucing. Disebabkan itu, aku bagi nama Jun. Aku harap Zelo tak berasa pelik dengan nama Jun.

“Boleh juga. Pandai awak cari nama.” Kata Zelo sambil bermain dengan Jun. Hati aku berasa lega.

Zelo POV

Jun ? Tu bukan nama aku ke ? Kenapa Richan tak perasan lagi muka aku. Mungkin aku dah banyak berubah kut. Muka Richan nampak lebih comel dari dulu. Aku dapat rasa juga yang Richan masih ingat lagi peristiwa ketika aku nak pindah dulu.

Richan memang tak pernah dapat dilupakan. Walaupun dah banyak perempuan lain suka dekat aku. Aku masih sukakan dia dari dulu hingga sekarang. Itu janji aku dengan dia.

“Saya rasa dah lewat petang ni. Baik awak balik dulu.” Kata aku kepada Richan. Dari tadi, aku asyik memerhatikan dia.

Richan POV

“Eh, tak apa lah. Awak balik lah dulu.” Kata aku lalu membaiki rambut aku yang kusut tadi. “Disebabkan awak suruh. Saya balik dulu lah. Tapi jangan lupa, esok, lusa dan hari lain, awak dan saya perlu tengok Jun. Bye !” Balas Zelo lalu mangambil Jun.  Aku dan dia bangun dari tempat  duduk kami. Sebelum dia pergi, dia sempat membelai dan memberikan ciuman kepada Jun. Perangai Zelo sama dengan Jun Hong. Tapi dia bukan Jun Hong. Dia memberikan Jun kepada aku lalu meninggalkan aku bersedirian.

Aku terus duduk semula di atas rumput itu. “Jun ! Kenapa sikap Zelo macam Jun Hong ?” Tanya aku kepada Jun. Aku tahu yang aku tengah bercakap seorang diri. Jun hanya memandang ke arah aku lalu mengiau.

===============================================

“Hari ni tak sekolah, apa yang patut aku buat ?” Kata aku sendirian di dalam bilik tidurku. Dah dekat seminggu aku jumpa Jun dan kenal Zelo. Patut ke, aku pergi tengok Jun sekarang. Lagipun aku bosan pada waktu pagi ni.

Aku segera menukar pakaian aku. Aku memakai baju berwarna kelabu berlengan panjang dan seluar jeans. Aku membiarkan rambut aku tanpa diikat. Aku mengambil beg di atas katil lalu keluar dari rumah aku. Ibu bapa aku tiada sejak pagi tadi lagi.

Aku berjalan-jalan menuju ke taman itu. Pada saat itu, aku ternampak Zelo. Aku terus memanggilnya “Zelo !” Aku berlari ke arahnya. “Ah, Chaerin. Awak nak pergi tengok Jun ke ?” Tanya dia kepada aku. Aku sekadar mengganguk kepala aku. “Saya pun nak pergi tengok juga. Jom lah pergi sama-sama.” Katanya.

Aku dan Zelo berjalan bersama-sama. Ini kali pertama aku berjalan dengan lelaki lain selain Himchan. Apa agaknya nasib Himchan ?

“Tu Zelo kan ?” Tiba-tiba kedengaran seorang gadis berkata kepada rakannya. Aku melihat ke arah Zelo. Zelo hanya tersenyum manis kepada gadis itu. Apa yang sebenarnya yang tengah berlaku ni ? “Awak kenal dia ke ?” Tanya aku kepadanya. “Ya. Dia sama sekolah dengan saya.” Balasnya.

Aku dan Zelo terus meneruskan perjalanan ke taman itu. Tapi suasana semakin sunyi. Aku dan dia tak bercakap langsung. Aku dah tak ada topik yang hendak dibualkan lagi. Kenapa dia tak tanya aku sesuatu ?

“Apa yang kita nak buat dekat sana nanti ?” Pertanyaan daripada Zelo telah memecahkan kesunyian. “Mungkin kita patut main dengan Jun je kut. Awak ada rancang apa-apa ke ?” Jawab aku. “Tak ada.” Balasnya. Suasana menjadi sunyi kembali. Tiba-tiba, kelihatan seekor kucing putih berlari ke arah kami.

“Itu Jun lah.” Kata aku dengan gembira. Akhirnya, kami sampai di taman itu. “Tak sangka pula yang Jun kenal tuan dia.” Kata Zelo sambil tersenyum. Lalu kami duduk di atas rumput itu. Zelo dan Jun bermain dengan penuh keriangan. Aku sekadar melihat dan ketawa bersama-samanya.

“Nah, ambil ni.” Kata Zelo lalu menghulurkan sesuatu yang dikeluarkan dari beg merahnya. “Eh, apa ni ? Gelang ke ? Nak bagi dekat saya ?” Tanya aku. Aku memegang gelang yang berwarna merah itu. “Bukan nak bagi dekat awak lah. Lagi satu, tu bukan gelang tapi rantai untuk Jun lah.” Katanya. Baiknya dia. Sepatutnya, aku lah yang belikan rantai dekat Jun.

Aku meneliti rantai itu, kelihatan nama Jun terukir di situ. Comelnya rantai ni. “Awak pakai lah dekat Jun.” Kata Zelo. “Ok.” Jawab aku. Aku mengambil Jun dan meletakkannya di atas riba aku. Lalu aku memakaikannya dengan rantai itu dan dibantu oleh Zelo.

“Siap !” Kata aku. “Comelnya Jun.” Balas aku lagi.

Zelo POV

Aku melihat ke arah Richan. Aku tidak boleh lepas dari melihat mukanya. Kenapa dengan aku ni ? Nanti, dia akan perasan.

“Apa ?” Tanya Richan. Lalu aku memusingkan kepala aku ke arah lain. “Tak ada apa-apa. Comel Jun pakai rantai tu.” Kata aku. “Jun memang comel.” Balasnya. “Zelo, tak apa ke awak balik lewat setiap petang lepas balik sekolah. Ibu bapa awak tak marah ke ?” Tanya Richan kepada aku. Aku yang tadinya asyik mengusap Jun, terkejut mendengar pertanyaan itu.

“Sebenarnya saya tinggal seorang diri dekat rumah saya. Ibu bapa saya ada dekat Jepun. Saya sorang je yang pindah dekat sini.” Jawab aku. Aku harap dia akan sedar yang aku, Jun Hong sebab dulu, aku pernah cakap dekat dia yang aku pindah ke Jepun. “Jepun ? Kenapa pula?” Tanyanya lagi.

Richan POV

“Bulan depan, ibu bapa saya akan pindah ke sini juga. Mereka sibuk dengan kerja dekat sana.” Jawab Zelo. Aku rasa tak percaya yang dia tinggal seorang diri. Mungkin dia akan rasa kesunyian. “Oh. Kenapa awak tak bawa Jun balik rumah awak je ? Nanti, ceria lah sikit rumah awak tu.” Tanya aku. Aku melihat tepat pada mukanya.

“Kalau saya pergi sekolah, Jun akan tinggal dekat rumah je. Kesian dekat Jun. Baik saya lepaskan dia dekat sini je. Betul tak ?” Balas Zelo . “Betul juga. Saya tak terfikir pula.” Kata aku lalu diikuti ketawa aku dan Zelo. “Jun ! Nak pergi mana tu ?” Kata Zelo lalu bangun dan mengejar Jun. Aku juga mengikut langkahnya.

“Rupa-rupanya, Jun nak suruh kita beli aiskrim.” Kata aku setelah penat mengejar Jun. “Jun makan ke aiskrim ?” Tanya Zelo kepada aku. Aku juga pelik dengan Jun ni.  Lalu Zelo menuju ke arah penjual aiskrim itu.

Aku segera mengambil Jun lalu mendakapnya. Zelo datang ke arah aku dengan membawa dua batang aiskrim. “Perlu ke, awak beli aiskrim ni ? Jun tak makan lah aiskrim.” Kata aku lalu berjalan bersama-sama Zelo ke tempat yang kami duduk tadi. “Saya rasa Jun memang tak makan. Tapi Jun suruh kita makan.” Balas Zelo.

Kami duduk di atas rumput itu. Aku dan Zelo menikmati aiskrim itu. Jun hanya melihat ke arah kami. Aku rasa memang betul cakap Zelo yang Jun nak suruh kita makan aiskrim. Tapi kenapa ? Aku dan Zelo bukan lah kenal satu sama lain sangat pun. Lagipun kami bukan suka sama suka. Itu tak mungkin terjadi. Aku suka  kan Jun Hong.

“Nak buat apa sekarang ni ?” Tanya aku selepas selesai makan aiskrim. “Tak tahu lah. Awak nak buat apa ?” Balas Zelo. Belum sempat aku berkata, hujan mula turun dengan lembatnya.

“Cepat !” Kata Zelo lalu menarik tangan aku. Aku segera mengambil Jun dan berlari bersama-sama Zelo.

===============================================

“Sampai pun.” Balas Zelo setelah aku dan dia masuk ke rumah Zelo. “Tak apa ke, kalau saya tinggal dekat rumah awak ni untuk sementara. Kalau tidak, saya boleh balik.” Tanya aku kepada Zelo. “Tak boleh. Saya tak akan benarkan awak keluar dari rumah ni.” Balas Zelo lalu masuk ke dalam biliknya.

Dia tinggalkan aku seorang diri dengan Jun. Kesian Jun. Nampaknya dia dalam kesejukan. Aku terus meletakkan Jun di atas permaidani lalu aku duduk di atas sofa itu. Baju aku dah basah ni. Apa yang patut aku buat ?

Besarnya rumah Zelo walaupun dia tinggal seorang diri. Aku bangun semula dari sofa itu untuk melihat keadaan rumahnya. Terdapat sekeping gambar di atas meja tu tapi diterbalikkan. Patut ke, aku betulkan  gambar ni ?

Baik aku betulkan semula. Aku membetulkan gambar itu kepada posisi yang betul. Apabila aku melihat gambar itu, aku nampak wajah aku dan wajah Jun Hong yang ada pada gambar itu. Tak mungkin lah. Itu bukan aku dan Jun Hong pun.

“Chaerin, ambil ni.”Suara Zelo mengejutkan aku. Aku menterbalikkan semula gambar itu. Aku harap dia tak nampak. “Apa ni ?” Tanya aku. “Baju lah. Bukan awak nak pakai baju basah tu. Nanti, awak akan demam kalau pakai baju awak tu.” Balasnya. Kenapa dia ambil berat sangat pasal aku ? Tak mungkin aku akan suka kannya sebab hal kecil ni.

Aku masuk ke dalam sebuah bilik untuk menukar baju. Baju ni bau macam Jun Hong masa dia kecil dulu. Aku masih boleh ingat lagi bau baju dia macam mana. Tak mungkin lah dia tu Jun Hong. Lagipun nama dia, Zelo. Apa yang tengah aku fikirkan ni ?

Air mata ku mengalir turun jatuh ke pipi. Aku tak nak suka sesiapa selain Jun Hong.

“Chaerin, lambat lagi ke ?” Kedengaran suara Zelo dari luar bilik memangggil aku. Lalu aku mengesat air mata ku. Aku segera menyahut “Dah siap !” Jerit aku dari dalam bilik. Lantas aku keluar dari bilik itu.

“Kelakar lah awak pakai baju ni. Nampak besar sangat.” Kata Zelo sebaik sahaja aku berdiri di depannya. Zelo terus ketawa kecil. “Tak lawak lah. Awak yang suruh saya pakai.” Balas aku. Kesedihan aku mula terubat apabila mendengar ketawa Zelo. Aku berasa lega. “Sebenarnya, tak kelakar pun.” Kata Zelo sambil tersenyum manis.

“Mana Jun ?” Tanya aku. “Jun dah tidur atas permaidani tu lepas saya keringkan Jun dengan tuala.” Jawab Zelo lalu menuangkan susu panas ke dalam gelas. Lantas dia membawa dua gelas itu ke ruang tamu.

===============================================

Aku dan Zelo duduk di atas sofa itu. Dua gelas susu panas itu diletakkan di atas meja. “Awak suka susu panas ke ?” Tanya aku sebaik sahaja Zelo membuka siaran televisyen. “Ya. Tak suka ke ?” Balasnya. “Saya suka lah. Cuma biasanya lelaki lebih suka kan coklat panas dari susu panas.” Kata aku lalu ketawa. Peliknya Zelo ni. Dia suka susu panas. Aku terus ketawa lagi.

“Tak kelakar lah. Semua orang ada kesukaan masing-masing lah.” Balas Zelo. Nampaknya dia marah, aku cakap macam tu. “Ok lah. Saya tak akan ketawa lagi.” Balas aku lalu menutup mulutku dengan kedua-dua tapak tangan.

Suara yang kedengaran pada televisyen itu semakin lama semakin perlahan. Badan ku terasa panas. Aku tak boleh tahan lagi. Aku menutup mataku.

Zelo POV

Nampaknya Richan dah tidur di tepi aku. Dia siap letak kepala dia atas bahu aku lagi. Aku hanya membiarkannya. Jun pun dah tidur dari tadi. Aku rasa macam aku seorang je yang ada dalam rumah ni. Aku harap dia tak nampak gambar dia dan aku dulu masa kecil yang aku letakkan atas meja tu.

Aku menoleh ke kiri untuk melihat muka Richan. Bibirku semakin lama semakin dekat di dahinya. Kenapa dengan Richan ni ? Dahi dia panas dan dia tengah berpeluh. Kenapa aku tak sedar dari tadi lagi ? Dia mesti dah demam sebab hujan tadi.

Aku segera membaringkan Richan di atas sofa itu. Lantas aku pergi menuju ke bilik untuk mangambil sehelai kain dan membasahkannya. Aku juga mengambil selimut untuk Richan.

Aku kembali semula ke ruang tamu. Aku meletakkan kain itu di atas dahinya lalu menyelimutkannya. Kenapa dia tak beritahu aku yang badannya terasa panas ?

Richan POV

Aku membuka mataku perlahan-lahan. “Awak dah bangun ?” Kata Zelo yang berada di tepi aku. “Kenapa dengan saya ?” Tanya aku. “Awak demam. Awak nak makan apa-apa tak ?” Tanya Zelo lagi. Macam mana aku boleh demam ni ? “Saya tak nak.” Kata aku dengan lemah.

Zelo terus bangun dan menuju ke dapur. Apa yang dia nak buat ? Biarkan je lah dia. Agaknya, dah pukul berapa sekarang ? Lantas aku melihat ke arah jam dinding itu. Alamak, dah pukul 6 petang. Aku perlu balik sekarang.

Aku segera bangun dan berkata dengan kuat kepada Zelo “Zelo ! Saya balik dulu !”

Zelo POV

“Chaerin ! Tunggu dulu !” Aku menjerit. Tak ada gunanya lagi. Dia dah keluar. Kenapa dia nak pergi cepat sangat ? Aku ingatkan hari ni, aku nak bagitahu dia yang aku ni Jun Hong. Tapi tak sempat.

“Meoww..” Bunyi giauan itu menghampiri aku. Aku segera meletakkan semula mangkuk itu ke tempat asalnya. “Jun !” Aku mengangkatnya lalu berkata bersendirian “Nampaknya Richan tak ingat yang saya ni Jun Hong.” “Meow..” Jun membalas. Kalaulah aku faham maksud Jun apa.

Lantas, aku meletakkan Jun. “Nampaknya, hari ni, Jun perlu tinggal dengan saya. Esok saya hantar. Ok ?”Kata aku kepada anak kucing putih yang comel itu. Jun hanya mengiau beberapa kali.

===============================================

ESOKNYA, DI KELAS RICHAN

Richan POV

“Richan ! Awak dah nak balik ke ?” Tanya Suzy kepada aku. Aku tersenyum manis lalu berkata “Ya, Kenapa awak tanya ni ? Biasanya tak tanya pun.” Balas aku lalu menghampiri Suzy. “ Tak ada apa-apa. Cuma hari tu saya ada nampak awak dan lelaki famous tu.” Kata Suzy kepada aku.

“Lelaki famous ? Siapa pula ?” Kata aku. Muka aku yang gembira tadi, dikerutkan. Siapa pula lelaki famous ni ? “Siapa lagi, kalau bukan senior Choi Jun Hong. Atau Zelo yang sekolah dekat Seoul Arts High School tu. Bukan kau tak kenal kut.” Balas Suzy dengan gembira.

Aku terkejut mendengar kata-kata yang dikeluarkan oleh Suzy. “Choi Jun Hong ?” Kata aku. Aku segera berlari meninggalkan Suzy. “Kau nak pergi mana tu ?” Jerit Suzy dari belakang. Aku tak pedulikan sesiapa lagi. Aku terus berlari menuju ke taman itu.

Kenapa dia tak cakap yang dia tu Jun Hong ? Satu lagi, kenapa aku tak sedar yang dia tu Jun Hong ? Wajah Jun Hong terbayang di dalam fikiran ku. Senyumannya sangat manis. Air mataku mengalir dengan pantasnya. Lantas aku berhenti setelah sampai di taman itu.

Aku mencari-cari kelibat Jun Hong. “Chaerin ! Dekat sini !” Aku terus menoleh ke belakang. Aku terus menghampiri dia.

“Kenapa awak tak pernah cakap yang awak ialah Jun Hong?” Kata aku.  Jun Hong segera berdiri.

“Saya minta maaf. Ada sebab kenapa saya tak beritahu awak.” Balas Jun Hong lalu mengesat air mataku.

“Kenapa ? Kenapa awak tak cakap je ?” Kata aku. Air mataku tidak berhenti mengalir. Aku  terlalu rindukan Jun Hong. Walaupun, selama ni dia ada dekat dengan aku.

“Saya nak awak sendiri sedar bahawa saya Jun Hong. Tapi kelmarin, saya nak bagitahu awak tapi awak pergi dengan cepat. Saya dah kembali. Saya suka kan awak, Chaerin.” Kata Jun Hong. Lantas Jun Hong memeluk aku.

Aku tersenyum gembira. Memang betul apa yang Jun Hong cakap tu. “Tunggu sekejap ! Kenapa awak panggil saya ‘Chaerin’ ? Kenapa tak panggil saya ‘Richan’ ?” Tanya aku lalu melepaskan pelukannya.

“Nama Richan tak special lagi sebab awak suruh semua orang panggil awak Richan. Sebab tu, saya panggil awak Chaerin.” Balas Jun Hong.

“Meow…” Jun yang berada di kaki aku dan Jun Hong, mula mengiau. Aku segera mengangkat Jun. “Kenapa selama ni, saya tak sedar yang rantai Jun, ada terukir nama kita ?” Kata aku kepada Jun Hong. “Sebab awak tak nampak.” Kata Jun Hong lalu ketawa kecil. “Saya tak rabun lagi lah.” Aku berkata lantas ketawa bersama-sama Jun Hong.

Tanpa Jun, aku tak akan jumpa dengan Jun Hong. “Jun Hong ! Saya suka awak.”


Maaf sebab oneshot ni terlebih panjang. Satu lagi, ff ni untuk kawan saya dengan crush dia. Terima kasih kerana membaca :D





7 comments