*Fanfiction* <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d3229863562427244893\x26blogName\x3d%2B+Fanfiction+%2B\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://little-ff.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_GB\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://little-ff.blogspot.com/\x26vt\x3d-8414021246162831683', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>
OFFICIAL BLOG LIST OF FANFICTIONS +FOLLOW

CHAPTER 1 [ SECRET ]


CHARACTER
Mesti tekan character. Saya ade buat perubahan sket.





1 FEBRUARY 2013

EMILY

         Mata aku melekat pada buku yang terdapat di hadapan aku. Satu per satu aku membelek halaman muka surat lain. Bunyi tarikan kerusi di hadapan aku tidak aku pedulikan. Aku terlalu asyik membaca buku di perpustakaan ini.

        Suasana yang senyap membuat aku senang untuk membaca tanpa gangguan. Pedingin hawa menyamankan lagi tempat ini. Mejaku diketuk. Aku lantas berpaling ke arah bunyi itu. Lelaki yang berada di hadapan aku itu tersenyum.

         “Apa yang awak buat dekat sini ?” Tanyaku dengan suara yang perlahan.

         “Saya membaca lah.” Jawab Daehyun  nakal.

         “Sejak bila ?”

         “Dari tadi. Awak yang tak sedar.” Katanya seolah-olah merajuk.

          Aku membisu tanpa sebarang pertanyaan lagi. Tiada apa untuk ditanya. Pandangan aku kembali menumpu terhadap buku itu. Ada sesuatu yang menarik perhatian aku pada muka surat 49. Terselit senyuman ketika aku membacanya. Apa yang dikatakan oleh buku ini betul.

         You might not know but all people have their own secret.  

         Aku termenung jauh memikirkan maksud ayat ini. Walaupun kadang-kadang perkara itu hanya dipandang remeh tapi tetap menjadi rahsia. Rahsia itu akan disimpan kemas jika tak nak dibongkarkan. Tapi apabila kita meluahkan rahsia itu, hati kita akan jadi lebih tenang. Semua ini hanya pendapat aku. Pendapat orang lain mungkin tidak sama dengan aku.

          “Hey ! Apa yang awak menungkan tu ?” Suara itu mengejutkan aku dari terus termenung. Pandangan aku beralih kepada suara itu.

          “Tak ada apa-apa.” Aku tersenyum kepada dirinya.

          “Jom lah kita balik. Dah petang ni.” Kata Daehyun.

          Aku sekadar mengangguk tanda setuju. Buku disimpan kemas ke dalam beg. Aku bangun lantas menggalas beg itu. Aku dan Daehyun berlalu meninggalkan perpustakaan.

* * * * * *

           Udara malam yang sejuk membuatkan aku berpeluk tubuh. Aku berjalan sendirian untuk mengambil angin. Malam ini agak sepi tidak seperti selalu. Kepala aku mendongak ke atas. Bintang-bintang berkelipan memancarkan cahayanya pada waktu malam. Aku suka akan suasana ini. Tidak bising. Hanya bintang dan bulan menemani aku. Handphone yang berdering mematikan lamunan aku. Aku menyeluk poket baju sejuk. Tentera nama Daehyun yang menghantar SMS.

           Emily, are you sleeping right now ? - Daehyun

           Yes, you bother me. Anyway, Good night ! – Emily

          Aku meletakkan kembali handphone ke dalam poket. Aku tipu Daehyun sebab mungkin dia akan temankan aku kalau aku seorang diri. Aku tak nak menyusahkan dirinya. Pandangan aku teralih ke hadapan. Seorang lelaki yang berbaju hitam seperti ingin menuju ke arah aku.

          Ketakutan mula menyelubungi diriku ini. Aku membelakangi diriku. Ingin berlari untuk sampai ke rumah. Walaupun aku berada hanya beberapa meter dari rumah aku. Aku mengambil langkah besar untuk berlari.

          “Emily !” Aku memandang ke arah belakang sebaik sahaja namaku dipanggil. Kaki aku berhenti dari terus mengambil langkah besar.

           Lelaki itu menghampiri aku. Dia mengambil sesuatu dari dalam poketnya. Aku hanya menjadi pemerhati dalam setiap gerak-gerinya. Sapu tangan yang berwarna kuning lembut diberikan kepada aku. Mata aku tertumpu kepada mukanya. Ingin tahu siapa lelaki yang berada di hadapan aku.

           Rambutnya yang blonde itu menutup sebahagian matanya. Berkulit cerah. Tapi aku tetap tidak dapat mengenali dirinya. Bibirnya mengukir senyuman sebelum dia berlalu pergi. Aku terkaku di situ. Sapu tangan itu masih berada di dalam genggaman aku.

            Who are you ? I want to know more about you. But how ?

* * * * * *





THANKS FOR READING.
Harap korang suka.




4 comments